Justeru, beliau berharap pengundi di Sungai Buloh memahami bahawa memahami perkara itu kerana satu undi untuk Khairy Jamaluddin adalah sama dengan satu undi untuk Zahid.
Malah, dengan kemenangan itu, Zahid katanya akan mencantas Khairy yang disifatkan sebagai ancaman utama Presiden UMNO berkenaan.
"Kalau Zahid dan UMNO menang dan menyumbang kepada UMNO satu kerusi lagi, sehingga membolehkan UMNO jadi kerajaan. Saya nak pengundi Sungai Buloh faham bahawa KJ akan kena 'kerat' kerana saya tidak nampak kalau UMNO menang, Zahid akan benarkan KJ untuk berkembang di UMNO sebab KJ adalah ancaman terbesar kepada Zahid," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini pada Khamis.
Bagaimanapun, katanya, tidak salah untuk pengundi untuk mendekati Khairy, namun mereka diingatkan agar tidak sesekali memberi undi kepada Zahid.
"Saya tahu pengundi Sungai Buloh berada dalam dilema, dan saya harap saya akan kurangkan dilema itu. Saya harap anda mengundi untuk perubahan di peringkat Persekutuan, anda boleh ambil gambar, senyum dengan KJ, namun jangan undi dia kerana ia seperti memberi undi kepada Zahid untuk 'kerat' KJ. Kalau UMNO menang, Zahid jadi Perdana Menteri, dan KJ is gone," tegasnya.
Ketika ini, Khairy telah memulakan jelajah kempennya di Sungai Buloh bagi mendekati pengundi di Parlimen yang merupakan kubu kuat PKR itu.
Khairy antara lain akan menumpukan kepada isu-isu seperti kos sara hidup, perumahan, akses kesihatan, kesesakan trafik, pengangkutan awam, banjir dan alam sekitar di Sungai Buloh.