KUALA TERENGGANU: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mengajak pemimpin Pas dan UMNO kembali mengukuhkan hubungan sempena ulang tahun ketiga penubuhan Muafakat Nasional (MN) hari ini (Rabu).
Menerusi hantaran di Facebooknya pada malam Selasa, beliau menyeru bendera MN dikibarkan sempena ulang tahun gagasan itu yang diraikan pada Rabu.
"Gencatan senjata oleh ahli dan pimpinan dua parti Melayu Islam terbesar Malaysia. Bicara muafakat yang perlu seiring dengan tindakan.
"Kalau tidak mampu bersama setidaknya bersilaturrahim dan mengikat tali persaudaraan (ukhuwah) sebagai saudara muslim dan ahli politik muslim. Siapa yang nak raikan?" katanya.
Sebelum ini, pada 6 September lalu, bekas Ahli Jawatankuasa Pas itu turut mengingatkan kembali mengenai sejarah penubuhan MN.
Katanya, suara akar umbi yang mahukan penyatuan UMNO dan Pas tidak wajar dipinggirkan.
"Suara mahukan kesatuan dan perpaduan antara Pas dan UMNO berkumandang di Muktamar Pas khususnya sebagai strategi untuk menang bersama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Itulah suara akar umbi dan ahli bawahan. Itulah permintaan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Melaka dan Johor.
"Namun ia agak terlewat di saat UMNO, BN telah buat keputusan untuk bergerak sendiri setelah pelbagai insiden serang menyerang antara pimpinan tertinggi yang berlaku sebelum ini. Malah jemputan ke Muktamar dan rundingan tanpa melibatkan Presiden UMNO juga menjadi isu," katanya.
Khairuddin bagaimanapun menyifatkan, hubungan antara pemimpin dua parti itu masih boleh diperbaiki biarpun dilihat sudah terlewat.
"Meskipun begitu, eloklah terlewat daripada tiada langsung. Masih boleh diusahakan perundingan dengan cara politik matang dan harmoni. Usah mengalah kerana ia adalah hasrat ahli bawahan.
"Jaga tutur kata, elakkan prasangka dan bina jambatan kasih antara dua parti. Masih ada masa.
"Kepada yang cintakan muafakat ini, marilah kita kongsikan gambar serta logo nostalgia MN. Usah malu berkempen untuk muafakat umat," katanya.
UMNO dan Pas memeterai piagam MN pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 September 2019. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 14 2022

Menurut Khairuddin, suara akar umbi yang mahukan penyatuan UMNO dan Pas tidak wajar dipinggirkan. - Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Khairuddin ajak pemimpin Pas, UMNO baiki hubungan
Khairuddin menyeru bendera MN dikibarkan sempena ulang tahun gagasan itu yang diraikan pada Rabu.