Pas Perak hari ini mengumumkan Ketua Dewan Muslimat Pas Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad sebagai calon parti itu bagi bertanding kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P067 bulan depan.
Pengumuman Najihatussalehah yang berusia 50 tahun itu dilakukan di hadapan ratusan penyokong parti di padang berhampiran Markas PAS Kuala Kangsar oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Najihatussalehah merupakan lulusan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan Universiti Malaya (1992) dan dilahirkan di Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri.
Sebelum ini, beliau pernah bertanding sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri N32 Belanja pada Pilihan Raya ke-13 namun tewas kepada Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria yang kini memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Agama Islam dan Pembangunan Sahsiah Perak.
Menghabiskan persekolahan menengahnya di SM Raja Perempuan Taayah,Ipoh, Dr Najihatussalehah juga mempunyai sebuah Klinik Najiha di Bota yang dibuka pada tahun 1997.
Selain itu, beliau juga berpengalaman sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Changkat Melintang dan Klinik Hidayah di Bagan Serai.
Ibu kepada sembilan anak itu mula terlibat dalam dunia politik sejak tahun 1997 apabila menyandang jawatan Ketua Dewan Muslimat Pas Perak dan sebagai Anggota Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat pada tahun 2007.
Antara pemimpin PAS yang hadir dalam majlis pengumuman itu ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mustafa Ali yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Pas Kuala Kangsar dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria merangkap AJK Pas Pusat.
PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan nahas helikopter yang melibatkan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohd Khair-il Anuar Wan Ahmad di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.
Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pemilih berdaftar melibatkan pengundi biasa (32,632), pengundi awal (312) dan pemilih tidak hadir luar negara (lima).
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Kuala Kangsar pada petang esok, manakala Parti Amanah Negara akan mengumumkan calonnya pada 1 Jun.
Nazialita Geynna Maharan
Fri May 27 2016
Najihatussalehah merupakan lulusan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan Universiti Malaya (1992). - Facebook Najihatussalehah Ahmad
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Misi mencari calon 'winnable' dan 'likeable'
Seeloknya dalam bulan Ramadan ini, kempen sopan yang menyentuh jiwa pengundi dapat menonjolkan seseorang calon itu agar boleh menang dan disukai ramai.
Pertandingan empat penjuru pada PRK Kuala Kangsar
Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas.
Ketua Dewan Muslimat Pas Perak jadi calon Pas di PRK Kuala Kangsar
Dr Najihatussalehah merupakan Anggota Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat bagi sesi 2015-2017.