Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas.

Mereka ialah Datin Mastura Mohd Yazid daripada BN, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Nama empat calon itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Parlimen Kuala Kangsar Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria.

Beliau berkata sebanyak empat kertas pencalonan diterima semasa proses penamaan calon bermula 9 pagi hingga 10 pagi ini di Dewan Jubli Perak di sini.

"Saya telah menyemak dan (selepas) selesai disemak, saya berpuas hati, tiada kertas pencalonan ditolak," katanya ketika mengumumkan senarai calon PRK itu pada kira-kira 11 pagi.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Allahyarham Noriah menewaskan lawannya daripada PAS, Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi.

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar terdiri daripada 42,365 pengundi biasa dan 286 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Jun depan sebagai hari pengundian dan tarikh pengundian awal pada 14 Jun.