PERHIMPUNAN Agung Tahunan MIC Ke-74 yang baru diadakan di Bandar Diraja Kelang kali ini dianggap panas dan cukup mengejutkan pemimpin UMNO.
Meskipun UMNO membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) mereka, MIC pula menzahirkan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga Mesyuarat Dewan Tertinggi BN membuat ketetapan terhadap hubungan politik dengan Bersatu dalam PRU15.
Segelintir daripada barisan kepimpinan UMNO memberikan reaksi secara spontan terhadap keputusan MIC tersebut.
Menurut Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran, kepimpinan parti itu tetap menghormati keputusan UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu, namun MIC berhak mengambil keputusan tersendiri untuk terus menyokong kerajaan yang diterajui Muhyiddin.
Keputusan MIC juga mengejutkan sesetengah pihak yang mempunyai tanggapan bahawa parti hanyalah sebuah 'pak turut' UMNO dalam Barisan Nasional (BN) yang akan mengikuti telunjuk UMNO dalam apa juga ketetapan politik dibuat.
Lembaran Baharu
Selain itu, perhimpunan tersebut itu juga membuka lembaran baharu dalam sejarah MIC buat julung kalinya ia dijalankan dalam norma baharu, iaitu pertemuan secara maya.
Malah inti pati yang teradun dalam Ucapan Dasar Presiden MIC turut memperlihatkan satu kelainan yang tidak pernah wujud sebelum ini.
Ucapan Vigneswaran tampak lebih lantang dan berani berbanding ucapan dasar presiden-presiden sebelum ini dalam menyuarakan sentimen, aspirasi dan hasrat kaum India.
Ucapan beliau yang penuh semangat mendapat sambutan hebat daripada perwakilan dan sebahagian besar kaum India yang mengikuti perjalanan perhimpunan agung di media sosial.
Dalam pada itu, pendedahan yang dibuat Presiden MIC bahawa pelantikan Timbalan Presiden MIC sebagai menteri oleh Muhyiddin tanpa sebarang cadangan dan pencalonan daripada BN membuka persepsi baharu terhadap BN dalam kalangan ahli MIC.
Malahan, sebahagian besar masyarakat India menunjukkan kekecewaan terhadap BN yang dilihat gagal dalam menyerlahkan sifat inklusif dan jujur untuk menjaga kepentingan masyarakat India.
Bukan itu sahaja, ucapan Vigneswaran kali ini turut membawa kejutan kerana menyentuh perkara-perkara yang dianggap taboo dan tidak dibincangkan secara terbuka dalam kalangan kaum India selama ini.
Presiden MIC pada kali ini bukan sahaja menjelaskan kepentingan Raja-raja Melayu bahkan peranan penting institusi tersebut dalam memastikan keamanan, keharmonian dan kestabilan politik negara.
Beliau menjelaskan secara terperinci tentang beberapa perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dari aspek perundangan secara ikhlas.
Antara perkara yang disentuh ialah kepentingan dan peranan Institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.
Beliau memberikan penekanan bahawa kedua-dua perkara tersebut yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati oleh semua rakyat.
Vigneswaran yang merupakan lulusan ijazah dalam jurusan undang-undang, turut mengupas secara tuntas beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan Islam sebagai agama Persekutuan dan mengaitkannya dengan kebebasan beragama.
Dalam konteks ini, beliau menjelaskan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong perlu ditafsir dan diteliti secara telus serta seimbang.
Pertamanya, Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk menjamin kedudukan tinggi agama Islam dan kedua, Yang di-Pertuan Agong juga diperuntukkan kuasa untuk membela kepentingan sah kaum–kaum lain.
Kedudukan ini jelas dinyatakan dalam Perkara 3 dan 181(1).
Inti pati kedua-dua Perkara tersebut adalah Islam merupakan agama bagi Persekutuan; Raja-raja Melayu adalah ketua agama di negeri masing-masing dan Yang di-Pertuan Agong bagi negeri-negeri tidak beraja serta kebebasan untuk mengamalkan agama secara aman bagi orang bukan Islam.
Beliau menggabungjalinkan perkara tersebut dengan prinsip Rukun Negara yang menjadi identiti negara, terutamanya prinsip pertama dan prinsip kedua dalam Rukun Negara.
Menurut beliau, prinsip pertama Kepercayaan kepada Tuhan bukan mengesyorkan kepercayaan hanya orang Melayu atau penganut agama Islam terhadap agama Islam secara eksklusif, tetapi penganut agama-agama lain juga harus percaya kepada 'Tuhan' mengikut ajaran dan tuntutan agama mereka.
Prinsip kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara pula tidak hanya melibatkan kesetiaan orang Melayu semata-mata, tetapi merangkumi keseluruhan rakyat tanpa mengira kaum, agama, budaya, bahasa dan juga fahaman politik.
Pendek kata, Rukun Negara menunjukkan nilai-nilai yang perlu diterapkan dan diamalkan oleh semua warganegara tanpa merujuk kepada mana-mana kaum atau agama tertentu.
Sehubungan itu, dengan sifat rendah diri, Presiden MIC merafak sembah dan memohon pertimbangan Raja-raja Melayu dalam membela kepentingan agama bukan Islam, di samping memayungi agama Islam sebagai agama Persekutuan di negeri masing-masing.
Di samping itu juga, Presiden MIC menggesa kerajaan PN untuk menerima pakai dan melaksanakan cadangan-cadangan pelan Tindakan (Blue Print) yang disediakan khas oleh kerajaan BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha membangunkan sosioekonomi kaum India.
Bahkan, satu gesaan juga dibuat agar pihak kerajaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dalam melaksanakan cadangan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk menjadikan Lembah Bujang sebagai tapak warisan dunia.
Jelas sekali, ucapan dasar Presiden MIC kali ini menunjukkan parti itu telah keluar dari kepompong lama dan bertransformasi dalam usaha untuk membentuk sebuah pemikiran politik baharu dalam kalangan kaum India.
Walaupun sudah berusia 74 tahun, namun MIC berada di landasan kedewasaan sehingga mampu menentukan pilihan politik yang terbaik untuk masa depan kaum India di bawah kepimpinan Vigneswaran.
Anjakan paradigma dalam pemikiran dan pendekatan MIC kepimpinan Vigneswaran akan meningkatkan martabat MIC sebagai sebuah parti politik terkemuka dalam medan politik negara.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, sosio-budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Mon Apr 12 2021
Walaupun sudah berusia 74 tahun, namun MIC berada di landasan kedewasaan sehingga mampu menentukan pilihan politik yang terbaik untuk masa depan kaum India di bawah kepimpinan Vigneswaran. - Gambar fail/BERNAMA
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Sekolah politik akan direalisasi segera selepas perbincangan modul - Wan Rosdy
Beliau berkata, perbincangan lanjut mengenai modul dan silibus sekolah berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat.
Pemimpin yang baik terima permohonan maaf - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, keterbukaan Perdana Menteri menerima permohonan maaf itu menunjukkan ketokohan sebagai seorang pemimpin yang baik.
Pemimpin UMNO perlu berhenti serang PKR, hormati aspirasi Kerajaan Perpaduan - AMK
Pemimpin AMK menganggap tindakan segelintir pemimpin UMNO itu seolah-olah mahu menghancurkan kemurnian Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.