BUTTERWORTH: Tahap keserasian dan kerjasama bersepadu antara jentera Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang adalah antara yang terbaik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu depan, kata Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata perkara itu dapat dilihat bukan sekadar dalam program berkaitan kempen, tetapi melibatkan program berkaitan masyarakat.
"Ini adalah kerana kepimpinan yang baik daripada Barisan Nasional Pulau Pinang ini dan kita juga mengemukakan calon-calon yang terbaik.
"Walaupun kita hanya menawarkan enam orang calon ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) di Pulau Pinang ini, jentera BN bersama dengan jentera PH akan bersama bukan hanya memenangkan calon di enam kawasan ini tetapi jentera BN juga membantu jentera-jentera PH di kawasan Dewan Undangan Negeri yang lain," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri merasmikan program Hari Terbuka Agropelancongan Tasek Gelugor - Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di Jeti Pengkalan Machang, Sungai Dua di sini.
Ahmad Zahid turut melancarkan Catamaran Cruise Agropelancongan Tasek Gelugor Pulau Pinang yang siap beroperasi melibatkan kapasiti 12 penumpang.
Timbalan Perdana Menteri berkata keserasian antara BN dan PH sangat penting kerana ia merupakan ujian pertama selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional.
Beliau turut membandingkan kerjasama BN dan PH dengan Perikatan Nasional (PN), dan mengaitkan insiden Timbalan Pengerusi PN Datuk Dr Dominic Lau yang merupakan Presiden Gerakan, yang dikatakan dihalang daripada menghadiri Ceramah Mega PN Best di Tasek Gelugor baru-baru ini.
"Mereka ada PAS, Bersatu, tetapi pemimpin utama Presiden Gerakan tidak dibenarkan dalam majlis kempen anjuran Perikatan Nasional. Ini memberikan gambaran bahawa tiada keserasian dalam kalangan mereka," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya negeri di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023

Ahmad Zahid berkata perkara itu dapat dilihat bukan sekadar dalam program berkaitan kempen, tetapi melibatkan program berkaitan masyarakat. - Gambar fail/Sinar Harian

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.