SHAH ALAM: Isu tumbang kerajaan sengaja dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN) bagi mensabotaj usaha untuk memulihkan ekonomi negara selepas krisis semasa pandemik.
Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Razeef Rakimin berkata, usaha tersebut juga dilihat sebagai cubaan untuk mengganggu gugat kemasukan pelaburan ke dalam negara yang dilihat semakin rancak.
Menurutnya, keyakinan pelabur dari negara luar terhadap kepimpinan Kerajaan Perpaduan dan jaminan pembangunan pesat ekonomi negara sepatutnya disambut baik kedua-dua belah pihak termasuk pembangkang.
“Namun apa yang berlaku pembangkang cuba merosakkan pembangunan ekonomi negara selepas mereka sendiri gagal ketika berkuasa.
“Sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehingga hari ini pelbagai usaha cuba dilakukan oleh PN dan Pas untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan melalui cara pintu belakang seperti yang dilakukan ketika Langkah Sheraton.
“Bukan sahaja pakar malah rakyat juga berpendapat usaha ini tidak akan berhasil memandangkan kerajaan hari ini sangat kukuh bukan sahaja dari segi jumlah malah hubungan dalaman parti sangat baik tanpa boleh diganggu gugat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Razeef memohon untuk semua pihak mengabaikan angan kosong pihak pembangkang itu dan isu tersebut tidak perlu dipanjangkan mahupun diangkat oleh semua pihak.
Jelasnya, PN dan Pas perlu menjadi pembangkang berkualiti dengan mengangkat isu rakyat dan bukannya sibuk mengguling kerajaan dengan cara kotor.
“Saya mengambil contoh isu air di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dilihat semakin teruk. Terdapat kawasan yang tidak ada bekalan air termasuk pada hari raya.
“Masalah air kotor yang tidak berpenghujung walau kerajaan pusat telah memberi peruntukan besar untuk menyelesaikan isu ini.
“Dari terus berpolitik adalah lebih baik pembangkang menyelesaikan masalah utama yang membelenggu rakyat di negeri mereka atau mereka pula yang akan diguling rakyat,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 04 2023
Menurut Razeef, keyakinan pelabur luar terhadap kepimpinan Kerajaan Perpaduan dan jaminan pembangunan pesat ekonomi negara sepatutnya disambut baik kedua-dua belah pihak. - Gambar fail/Sinar Harian
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
AWANI Pagi: Undang-Undang Antarabangsa Selesaikan Isu Laut China Selatan
AWANI Pagi bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Mohamed Redza Zakaria melihat peranan undang-undang antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan.
Hos AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104m
Hos AWANI Pagi, Nursyazwani Saiful Sham berjaya mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten tetapi ia penting bagi mengelak golongan itu meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti kurang sihat.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.
Tidak wajar tukar kerajaan 'di tengah jalan' - Mohamad Sabu
Tindakan sesetengah pihak mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'di tengah jalan' adalah tidak baik.
'Kerajaan tumbang hanya persepsi untuk sabotaj kerajaan'
Usaha tersebut juga dilihat sebagai cubaan untuk mengganggu gugat kemasukan pelaburan ke dalam negara yang dilihat semakin rancak.
PRU15: 'Sebelum dia tekan 'butang', saya dah bubar Parlimen - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menempelak pemimpin parti politik tertentu dalam kerajaan yang dikatakan pernah menggerakkan usaha untuk menumbangkan kerajaan pimpinannya.