BAYAN LEPAS: Tindakan sesetengah pihak mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'di tengah jalan' adalah sangat tidak wajar dan tidak baik.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata mereka yang tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan boleh menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
Jelasnya, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh mengkritik kepimpinan Kerajaan sedia ada namun ia mestilah menggunakan saluran yang betul.
Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, beliau bersetuju dengan pendirian Anwar yang mencabar mana- mana pihak yang mendakwa mempunyai akuan bersumpah (SD) mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu dan menjatuhkan kerajaan sedia ada membawanya ke Parlimen.
"Kalau boleh, kalau ada kelemahan kami bongkarkan. Buat lah apa program. Kalau rakyat terima, jatuhkan kami pada PRU yang akan datang. Itu cara yang paling baik, tetapi kalau cukup bilangan kita tak boleh buat apa-apa, kita ikut perlembagaan," katanya.
Mohamad berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Rahmah Aidilfitri anjuran Amanah Pulau Pinang di Teluk Kumbar, Bayan Lepas pada Ahad.
Hadir sama, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan ADUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz.
Sebelum ini, timbul dakwaan sesetengah pihak bahawa wujudnya Akuan Bersumpah (SD) yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu dan menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Semalam, Perdana Menteri mencabar mana- mana pihak yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen agar membawa undi usul tidak percaya ke Parlimen.
Beliau berkata sedia berdepan usul berkenaan dalam sidang Parlimen pada bulan Mei ini dan tidak akan mengelakkan sebarang usul yang dibawa oleh pembangkang.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohamad Sabu berkata rundingan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan parti Amanah sedang berjalan.
Meskipun desas-desus mengatakan UMNO cuba merisik kerusi yang diperuntukkan untuk parti itu, Mohamad Sabu berkata perkara itu adalah situasi biasa namun katanya pimpinan Pusat akan memuktamadkan segala keputusan.
"Itu perkara biasa dalam perbincangan. Keputusan akhirnya akan ditentukan oleh pucuk pimpinan PH dan Kerajaan Perpaduan. Kita sedang dalam berunding, saya tidak boleh kata sedia atau tidak, saya boleh kata kita sedang berunding," katanya lagi.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun May 07 2023
![Tidak wajar tukar kerajaan 'di tengah jalan' - Mohamad Sabu Tidak wajar tukar kerajaan 'di tengah jalan' - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683460012_MatSabuAmanah.jpg)
Presiden Amanah yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menyampaikan ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Rahmah Aidilfitri 2023 Parti Amanah Negara hari ini. - Foto BERNAMA
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
![Pelbagai usaha pastikan pesawah di Kelantan tanam padi ikut jadual - Mohamad Pelbagai usaha pastikan pesawah di Kelantan tanam padi ikut jadual - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720106235_MatSabu.jpg)
Pelbagai usaha pastikan pesawah di Kelantan tanam padi ikut jadual - Mohamad
Antara usaha dijalankan termasuk operasi pembenihan awan tiga kali dan kelulusan segera RM20 juta oleh PM Anwar untuk membeli pam air.
![‘Bantu UMNO perkuat, kembali kepercayaan ahli’ - Mohamad Sabu ‘Bantu UMNO perkuat, kembali kepercayaan ahli’ - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719659212_umno.jpg)
‘Bantu UMNO perkuat, kembali kepercayaan ahli’ - Mohamad Sabu
Bantu UMNO perkuat, kembali kepercayaan ahli - Mohamad Sabu
![KPKM terima 18,642 permohonan BUDI Agri-Komoditi setakat ini - Mohamad KPKM terima 18,642 permohonan BUDI Agri-Komoditi setakat ini - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719659691_TBMatSabu.jpg)
KPKM terima 18,642 permohonan BUDI Agri-Komoditi setakat ini - Mohamad
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menerima 18,642 permohonan bantuan BUDI Agri-Komoditi setakat ini.
![Skim Takaful Tanaman Padi sedang diperhalusi Bank Negara - Mohamad Sabu Skim Takaful Tanaman Padi sedang diperhalusi Bank Negara - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719407016_tbMohamadSabu.jpg)
Skim Takaful Tanaman Padi sedang diperhalusi Bank Negara - Mohamad Sabu
Skim Takaful Tanaman Padi sedang diperhalusi di peringkat Bank Negara menerusi Bank Pertanian Malaysia, sebelum pelaksanaannya.
![PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719407016_tbMohamadSabu.jpg)
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
![Pembenihan awan ditumpu di tujuh lokasi sekitar Kelantan Pembenihan awan ditumpu di tujuh lokasi sekitar Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719133295_ProgramOPA.jpg)
Pembenihan awan ditumpu di tujuh lokasi sekitar Kelantan
Ia bagi mengatasi masalah penyusutan paras air Sungai Kelantan dan kemarau berpanjangan yang merundung para pesawah di negeri itu.
![FAMA pemudah cara bantu pengusaha durian kampung eksport ke China FAMA pemudah cara bantu pengusaha durian kampung eksport ke China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627204453_durian.jpg)
FAMA pemudah cara bantu pengusaha durian kampung eksport ke China
FAMA diminta menjadi pemudah cara dan mencari mekanisme untuk membincangkan perkara itu kerana ia merupakan peluang melebarkan perniagaan pengusaha durian di kampung.
![Petani, pesawah layak terima subsidi diesel - Mohamad Petani, pesawah layak terima subsidi diesel - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717999770_TBMohamadSabujp.jpg)
Petani, pesawah layak terima subsidi diesel - Mohamad
Mengakui wujud kekeliruan berhubung pemberian subsidi diesel dalam kalangan petani, beliau berkata pihaknya akan turun padang memberikan penjelasan mengenai perkara itu.
![MAHA 2024 sasar RM6 bilion nilai perjanjian persefahaman - Mohamad MAHA 2024 sasar RM6 bilion nilai perjanjian persefahaman - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717997779_MohamadSabu.jpg)
MAHA 2024 sasar RM6 bilion nilai perjanjian persefahaman - Mohamad
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 pada Sept ini menyasarkan memperoleh kira-kira RM6 bilion nilai perjanjian persefahaman serta RM40 juta nilai jualan langsung.
![Cadangan kenaikan harga siling BPT masih dibincangkan - Mohamad Sabu Cadangan kenaikan harga siling BPT masih dibincangkan - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717749462_TBMATSABU.jpg)
Cadangan kenaikan harga siling BPT masih dibincangkan - Mohamad Sabu
Perbincangan berhubung cadangan harga siling beras putih tempatan (BPT) dinaikkan sedang berjalan.