ISKANDAR PUTERI: Keserasian dan komitmen yang ditunjukkan kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan di Johor, dilihat sebagai kombinasi terbaik untuk mentadbir di negeri itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kombinasi terbaik itu harus diterjemahkan oleh kedua-dua jentera Pakatan Harapan dan BN, dengan mengukuhkan lagi kerjasama di semua peringkat khususnya di peringkat akar umbi.
"Keserasian ini kita telah dicapai di peringkat kepimpinan pusat dan negeri.. tapi di peringkat umbi mungkin ada sedikit masalah... jadi barisan pimpinan perlu turun padang dan perjelaskan kepada akar umbi tentang kedudukan kita.
"Saya amat yakin dengan penyatuan dan perpaduan antara PH dan BN yang ditunjukkan di Johor ini, ia akan memungkinkan kumpulan yang mempromosikan extremism dan juga ketaksuban, ditolak di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada sesi perjumpaan bersama jentera Kerajaan Perpaduan bersempena Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di sini, pada Jumaat.
Majlis turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan kepimpinan Kerajaan Perpaduan Johor.
Katanya, walaupun prestasi BN pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri baru-baru ini memberi satu tamparan kepada BN khususnya UMNO, namun beliau optimis jentera BN akan terus bekerja keras demi kemenangan calon daripada Kerajaan Perpaduan.
"Jentera BN akan terus memberikan sokongan padu kepada calon yang bertanding di Pulai dan Simpang Jeram, sekali gus memperkukuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan juga Persekutuan," katanya.
PRK Pulai dan Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi kedua-dua kerusi itu, manakala pengundian awal pada 5 Sept diikuti hari pengundian pada 9 Sept. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersalaman dan beramah mesra dengan jentera BN pada majlis perjumpaan bersama jentera BN di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor Bahru, pada Jumaat. - Gambar BERNAMA
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Mengenang Tun Daim: Kerajaan rakam takziah - Fahmi
Kerajaan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada usia 86 tahun, pagi tadi.
Formula Kerajaan Perpaduan jadi asas kerjasama BN-PH dalam PRN17 Sabah
Formula tersebut menjadi salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh kedua-dua parti dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
Lebih 230,000 pengunjung dijangka hadiri Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI - Fahmi
Kerajaan menyasarkan lebih 230,000 pengunjung hadir ke Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 Nov ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Naikkan gaji minimum tindakan berani, cermin tekad Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Tindakan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 mencerminkan tekad politik Kerajaan Perpaduan yang jelas.
Keselamatan digital: Kerajaan belum berhasrat bina aplikasi khusus - Fahmi Fadzil
Fahmi berkata, terdapat sejumlah aplikasi dalam pasaran yang boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh para pengguna dalam negara ketika ini.
Belanjawan 2025 angkat kepentingan rakyat - Aminuddin
Beliau berkata ia dilihat tertumpu kepada pengukuhan sektor ekonomi penting yang dijangka memberi hasil kepada negara dan memperbaiki kemudahan asas dalam pelbagai sektor.
Kenyataan Zahid Hamidi buktikan kesatuan pimpinan Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang mengingatkan pimpinan UMNO supaya tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen membuktikan semangat perpaduan dalam kerajaan.