MELAKA: Permohonan menghadap Yang di-Pertua Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam oleh mana-mana wakil politik negeri itu terpaksa ditangguhkan sehingga Khamis ini.
Setiausaha Khas Yang diPertua Negeri Melaka, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, Tun Mohd Ali sedang menjalani proses kuarantin bermula 30 September lalu selepas menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19.
“Sekarang ini beliau (Mohd Ali) sedang kurantin kendiri selama tujuh hari.
“Jumaat ini beliau akan masuk pejabat, selepas itu beliau akan beri keputusan sama ada berjumpa atau tidak (wakil politik) pada hari itu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Semalam, empat wakil rakyat iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) menamatkan teka-teki krisis politik Melaka selepas mendakwa hilang kepercayaan dengan kepimpinan Sulaiman.
BACA: Kerajaan Melaka tumbang: PH Melaka akan menghadap TYT, belum bincang calon Ketua Menteri
Kesemua mereka juga telah menghantar surat menarik sokongan berkenaan kepada pejabat Ketua Menteri.
Sementara itu, sumber Istana Melaka memaklumkan satu pengumuman khas oleh kerajaan negeri dijangka diadakan petang ini oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kira-kira jam 3.00 petang ini.
Difahamkan, Mohd Ali sudah mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon, malam tadi bersama beberapa pihak dan membuat kata putus.
“Tunggu saja jemputan nanti, kerana saya tidak pasti pengumuman itu akan dibuat oleh Speaker DUN, Setiausaha Kerajaan Negeri atau Ketua Menteri Melaka.
“Tun juga difahamkan sudah membuat keputusan dan hasilnya akan diumumkan hari ini,” jelas sumber itu ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Oct 05 2021
Difahamkan, Mohd Ali sudah mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon, malam tadi bersama beberapa pihak dan membuat kata putus. - Foto fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Rakyat sedih lepaskan Al-Sultan Abdullah, teruja nantikan ketibaan Agong baharu
Muhammad Reezuan Wahid sanggup meredah kedinginan pagi dari Melaka ke Jalan Parlimen, semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan diraja itu.
#AgongKita: Cadangan Kerajaan Perpaduan ditolak, "What choice do I have?" - Al-Sultan Abdullah
Idea mewujudkan Kerajaan Perpaduan telah dicetuskan baginda sejak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.
Agong berkenan terima PhD Kepimpinan UIAM
Al Sultan Abdulllah menyifatkan ia bukan untuk pencapaian diri baginda tetapi juga mengiktiraf nilai dan peranan rakyat di negara ini.
Politik Sabah: PM cadang bentuk Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di Sabah, melibatkan semua parti yang berada dalam kerajaan di peringkat pusat.
Politik Sabah: 'Saya hanya nasihat, pemimpin negeri akan tentukan keputusan' - PM
Terpulang kepada pemimpin Sabah sendiri untuk membuat keputusan berhubung kemelut politik di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Imran Khan batal tunjuk perasaan ke Islamabad
Imran Khan membatalkan perarakan protes bantahannya ke Islamabad kerana bimbang ia akan menyebabkan kekecohan di negara itu.
Bajet 2023 masih ikut jadual asal - Tengku Zafrul
Setakat ini tiada perubahan berkenaan Bajet 2023 seperti yang digembar-gemburkan.
Kerajaan Melaka tumbang: TYT kuarantin, tiada kunjungan sehingga Khamis
Tun Mohd Ali sedang menjalani proses kuarantin bermula 30 September lalu.
Kemelut politik Melaka tidak akan berulang di Perak - Menteri Besar
Saarani enggan mengulas dakwaan kononnya punca kemelut itu disebabkan 'ada dua singa di atas satu gunung'.
"Siapa nak jadi Ketua Menteri, silakan" - Sulaiman
Spekulasi bertiup kencang mendakwa, kerajaan negeri Melaka yang diterajui UMNO bakal tumbang pada bila-bila masa.