KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin UMNO menyifatkan kenyataan anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, bahawa parti itu tidak memerlukan 'poster boy' untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan datang sebagai tidak wajar dan tidak menggambarkan pendirian parti.
Mohd Puad, yang juga Speaker DUN Johor, menerusi satu hantaran di Facebook semalam berkata, 'poster boy' tidak lagi relevan dan boleh menjadi bola tanggung, 'punching bag' atau senjata makan tuan.
Mohd Puad mengeluarkan kenyataan itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri itu kerana didapati bersalah atas pertuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Di SELANGOR, Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Dr Abd Rahman Bakri, berkata sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana individu seharusnya tidak mendahului perkara yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti serta MKT UMNO.
Abd Rahman berkata UMNO sebelum ini telah memutuskan Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai 'poster boy' serta calon Perdana Menteri dan perkara menggantikan 'poster boy' itu tidak perlu dibangkitkan kerana ia adalah keputusan parti.
"Kita orang setia dan sayangkan parti. Parti sebelum ini sudah putuskan Ismail Sabri sebagai 'poster boy' dan calon Perdana Menteri. Itu keputusan sebelum ini. Apa benda nak bercakap tunggu keputusan daripada 'top five', biro politik dan MKT. Ia bukan keputusan individu atau bahagian," katanya ketika dihubungi Bernama.
Senada dengan beliau adalah Ketua UMNO Hulu Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, yang berkata keputusan meletakkan 'poster boy' dan Perdana Menteri telah diputuskan oleh parti dan seharusnya ahli perlu menghormatinya.
"Sesiapa boleh komen tapi kena hormati apa yang telah parti putuskan. Bagi saya keputusan parti lebih penting daripada keputusan individu. Individu setakat diri dia sahaja," katanya.
Ketua UMNO Damansara, Datuk Ikhwan Salim Sujak, berkata penampilan 'poster boy' untuk sesebuah parti perlu ada untuk memperkenalkan siapa yang akan menerajui kerajaan sekiranya UMNO memenangi pilihan raya kelak.
Di JOHOR, Ketua Bahagian UMNO Bakri, Datuk Mohd Fuad Tukirin mengingatkan ahli UMNO agar tidak mengeluarkan saranan-saranan jelik yang menampakkan usaha mencampuri sistem kehakiman negara.
Beliau berkata meskipun dalam keadaan bersedih dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak, ahli UMNO diingatkan tidak berbuat begitu.
"Jangan pula kita menghodohkan wajah UMNO dengan saranan-saranan jelik yang menampakkan usaha mencampuri sistem kehakiman negara," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Sementara itu di KEDAH, Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Annuar Ahmad, berkata pemilihanIsmail Sabri sebagai 'poster boy' dan calon Perdana Menteri untuk PRU-15 telah diputuskan sebulat suara oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO Khas yang diadakan pada Mei lalu.
Justeru, katanya, sebarang keputusan untuk mengubah perkara itu perlu dibincangkan pemimpin tertinggi UMNO dan tidak sepatutnya dinyatakan secara terbuka bagi mengelakkan persepsi yang tidak elok terhadap parti.
"Tidak perlulah kita menimbulkan sesuatu yang boleh mendatangkan masalah pula kepada parti atau mengeruhkan suasana," katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.
Di MELAKA, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Rospandi Leman, membidas kenyataan Mohd Puad terutama di saat parti perlu bersatu dalam menghadapi pilihan raya yang boleh diadakan pada bila-bila masa.
Beliau, ketika dihubungi Bernama, berkata segala cadangan boleh dikemukakan menerusi platform yang telah disediakan parti dan mana-mana individu tidak seharusnya menggunakan media dalam meluahkan rasa tidak puas hati mengenai sesuatu perkara.
"Hari Sabtu ini kita akan ada di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), kita jumpa dan lontarkan apa yang saja pandangan kita. Tapi untuk kepentingan parti, bukan individu. Namun bagi isu 'poster boy', bagi saya, apa yang dilontarkan dan dijanjikan... kita ikut sajalah," katanya.
Pada Sabtu ini, UMNO akan mengadakan sesi Taklimat Khas Presiden bersama semua pimpinan parti itu termasuk ahli jawatankuasa (AJK) bahagian.
Sementara itu di NEGERI SEMBILAN, ahli MKT UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias, menasihati mana-mana pemimpin parti untuk tidak membuat kenyataan yang boleh merenggang hubungan ahli dalam parti.
Beliau berkata MKT UMNO telah membuat keputusan pada April lalu untuk mencalonkan Perdana Menteri sebagai 'poster boy' untuk PRU15.
Jalaluddin berkata ia juga melambangkan sikap berjiwa besar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang meletakkan kepentingan parti demi kemenangan Barisan Nasional (BN), lebih penting berbanding jawatan.
"Bukan isu "poster boy" yang harus kita bicarakan, sebaiknya kita perkemaskan jentera parti di setiap peringkat dalam menarik minat pengundi untuk memilih siapa sahaja wajah yang tertera di poster BN dalam PRU15 nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022

Mohd Puad menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu berkata, 'poster boy' tidak lagi relevan dan boleh menjadi bola tanggung, 'punching bag' atau senjata makan tuan. - Gambar fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Speaker Johor serah notis kekosongan DUN Mahkota
Notis kekosongan kerusi DUN Mahkota diserahkan kepada SPR susulan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain.

Kes saman Muhyiddin Yassin terhadap Puad Zarkashi selesai secara baik
Kes saman fitnah difailkan Muhyiddin terhadap Puad Zarkashi berhubung diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.

DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.

UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.

Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan

Kritikan Puad Zarkashi bersifat peribadi, tidak jejas pendaftaran PADU - Rafizi
Rafizi berkata mana-mana perubahan yang dilakukan kerajaan selalunya memang akan mendapat tentangan.

Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti - Puad
Ia susulan tindakan ADUN Selat Klang isytihar sokongan kepada MB ketika parti itu baru meluluskan pindaan perlembagaan.

J-KOM wajar dirombak secara menyeluruh - Puad Zarkashi
Imej J-KOM semakin merundum setelah isu A dan W dibangkitkan serta analisis Timbalan Ketua Pengarahnya berkenaan Langkah Dubai.

Najib-Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri - Puad
Puad berkata, perkara berkenaan tidak perlu dilayan, sambil menyifatkan individu yang memberi cadangan itu sebagai 'buta sejarah'.

ADUN MUDA, Amira Aisya ditempatkan di Blok Pengimbang PN - Speaker DUN Johor
ADUN Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz akan ditempatkan di Blok Pengimbang, sebaris dengan ADUN PN pada sidang DUN Johor Khamis ini.