HULU LANGAT: Pandangan Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob patut pilih ‘orang mereka’ untuk jadi Peguam Negara, hanya menunjukkan sikap parti itu yang sebenar.
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Radzi Md Jidin yang juga Menteri Kanan Pendidikan berkata, kenyataan itu secara tidak langsung membuktikan bagaimana era UMNO dan Barisan Nasional (BN) sering mengawal penjawat awam mengikut kehendak mereka.
Menurut beliau, tindakan itu sama sekali berbeza dengan era Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sentiasa memastikan kelinciran tugas penjawat awam di semua peringkat.
“Sewaktu PN perintah dua tahun, tanyalah pegawai awam, kakitangan awam, pegawai tinggi kerajaan, boleh tanya mereka kerajaan mana yang paling harmoni sekali dengan kakitangan awam, hormati tugas kakitangan awam, bidang kuasa kakitangan awam.
“Kerana kita ingin lihat kakitangan awam boleh bergerak seiring dengan kerajaan dengan suasana begitu harmoni. Tidak ada kakitangan awam yang tak dibawa ke mahkamah seperti yang terjadi sekarang,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai ucapan Azalina pada acara Taklimat Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Sabtu, yang menyebut kedudukan Peguam Negara perlu dijawat oleh ‘orang’ Perdana Menteri.
“Sesiapa pun jadi Perdana Menteri, Peguam Negara mesti ‘orang dia’ sebab dilantik. Peguam Negara mesti ikut suara kepimpinan negara,” katanya seperti dipetik media semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata, akhir-akhir ini banyak kes mahkamah memerlukan penjawat awam termasuk pegawai tinggi hadir bagi memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Perkara itu, tegasnya, tidak berlaku di zaman PN kerana kerajaan pimpinan Muhyiddin sentiasa mementingkan tatacara kerja dan integriti dalam kalangan penjawat awam.
Selain itu, Mohd Radzi turut menyentuh mengenai Majlis Taklimat Presiden UMNO itu yang dilihat tidak berpuas hati dengan institusi kehakiman yang mengekalkan sabitan 12 tahun penjara dan denda RM210 juta ke atas bekas Presiden mereka, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Apa yang ditekankan, perbezaan konvensyen PN dengan Taklimat UMNO di PWTC, jauh berbeza. Kami bercakap tentang integriti, kesejahteraan rakyat, bagaimana kita nak bantu bina Malaysia yang jauh lebih baik.
“Apa diceritakan di PWTC pula ialah kenapa tak tukar Peguam Negara, merendah-rendahkan rendahkan keputusan Mahkamah Persekutuan. Itu membezakan keutamaan dalam konteks antara PN dan BN. Sebab itu Tan Sri Muhyiddin cakap semalam, beza PN dan BN macam langit dengan bumi,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Aug 28 2022
Pandangan Azalina Othman Said bahawa Perdana Menteri patut pilih orang mereka untuk jadi Peguam Negara, hanya menunjukkan sikap parti UMNO dan Barisan Nasional, kata Radzi Jidin. - Gambar Pejabat Menteri Kanan Pendidikan
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Parlimen: Kajian empirikal asing peranan AG, Pendakwa Raya akan ambil masa - Azalina
Azalina berharap satu laporan interim berkaitan status pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dapat dimasukkan dalam kajian empirikal berkaitan perkara itu pada tahun depan.
Op Global: 22 individu termasuk Nasiruddin akan didakwa esok
Seramai 22 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd, Datuk Nasiruddin Mohd Ali akan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang, pada Rabu.
Akta Pembaharuan Semula Bandar pastikan hak, kepentingan pemilik hartanah dilindungi
Penggubalan PSB mampu memastikan pembangunan yang dilaksanakan adalah lebih terancang dan inklusif dengan prinsip leave no one behind, termasuk dalam melindungi hak pemilik hartanah yang terkesan.
[KOLUMNIS] Kemajuan berterusan MA63, langkah proaktif perkukuh hak Sabah dan Sarawak
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan satu tonggak penting dalam sejarah pembentukan negara Malaysia dalam memberikan hak dan autonomi khusus kepada negeri Sabah dan Sarawak.
Enam lagi ahli GISB akan didakwa di Johor pada Ahad
Enam lagi individu dipercayai ahli (GISB) akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor atas kesalahan jenayah seksual dan pemerdagangan manusia, pada pagi Ahad.
Siasatan kes GISB komprehensif, libatkan pelbagai peruntukan undang-undang
Siasatan polis terhadap kes GISB dijalankan secara komprehensif dari pelbagai sudut peruntukan undang-undang.
KDN nafi laporan Pasukan Petugas Khas kes Pastor Raymond Koh diubah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan bahawa Laporan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kehilangan Pastor Raymond Koh yang dikemukakan kepada keluarga dan peguam telah diubah.
Permohonan Tommy Thomas supaya Roz Mawar tarik diri didengar 5 November
Peguam Syahrul Syazwan Salehin yang mewakili Shahrir berkata tarikh itu ditetapkan oleh JC Roz Mawar pada prosiding kes berkenaan yang berlangsung secara dalam talian hari ini.
Pilihan Raya Presiden AS: Debat pertama dengan Trump, Harris sukar diduga
Perdebatan itu adalah yang pertama antara Trump dan Harris, walaupun Trump pada Jun lalu pernah berdebat dengan Presiden AS, Joe Biden.
Kertas siasatan ahli politik dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia telah lengkap - KPN
Kertas siasatan berhubung seorang ahli politik tempatan dan suaminya dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar telah dilengkapkan.