Kejayaan Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan merupakan kemenangan bermakna dan satu anjakan besar kepada parti itu.
Para pemimpin BN menyifatkan personaliti calon BN Datuk Mah Siew Keong yang tidak mudah mengaku kalah, bijak dan berpengalaman merupakan antara faktor pengundi Teluk Intan beralih arah untuk memberi undi kemenangan kepada BN.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata banyak pengajaran yang diperoleh menerusi pilihan raya kecil itu dalam membentuk gerak kerja sistematik antara BN dan sahabat BN tanpa menimbulkan perselisihan faham bagi menumpukan sepenuhnya kepada pilihan raya berkenaan.
Zambry, yang juga Pengerusi BN negeri Perak, berkata kemenangan Mah adalah satu anjakan besar kepada BN walaupun meraih majoriti 238 undi dalam pentas pertarungan sengit itu.
Mah, 53, yang juga Presiden Gerakan, memperoleh sebanyak 20,157 undi mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang mendapat 19,919 undi pada pilihan raya kecil Sabtu.
Keputusan itu diumum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di Teluk Intan pada kira-kira 9.41 malam Sabtu.
Peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini ialah 67.4 peratus.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Naib Presiden UMNO, di Twitternya menyifatkan warga Teluk Intan membuat pilihan yang tepat.
Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri, menganggap kemenangan itu amat bermakna bagi memperjuangkan kepentingan rakyat.
"Alhamdulillah atas kepercayaan yang dimartabatkan semula oleh pengundi-pengundi Teluk Intan kepada BN. Kerja-Kerja yang tersusun dan terselaras telah menghasilkan kejayaan," katanya dalam satu kenyataan.
Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata beliau percaya BN akan menunaikan segala janji yang dibuat sebelum ini dan yakin Mah mampu berkhidmat sebagai seorang wakil rakyat yang baik.
Pengerusi Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula menganggap kemenangan itu hasil usaha gigih dan komitmen jentera sayap parti berkenaan.
"PRK Teluk Intan adalah yang paling mencabar tapi kami sabar jalankan tugas dengan penuh hemah dan ikut undang-undang. Alhamdulillah, akhirnya dapat kemenangan," katanya.
Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula berkata kemenangan itu merupakan satu kejayaan yang amat bermakna walaupun dengan majoriti yang rendah kerana BN berjaya melakukan 'overturn' majoriti lebih 7,000 undi yang diperoleh calon DAP pada pilihan raya umum ke-13 yang lepas.
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang sedang dalam lawatan kerja ke Beijing, China juga memuat naik status di Facebook dan Twitter miliknya dengan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Mah.
Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel pula berkata kemenangan itu merupakan satu pengiktirafan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakyat mahukan BN untuk terus membela nasib mereka.
Presiden PPP Datuk Seri M.Kayveas berkata kemenangan itu merupakan satu amanah besar kepada kerajaan BN, dan rakyat sudah rasional serta tidak lagi mempercayai segala provokasi pembangkang.
Bernama
Sun Jun 01 2014

Calon BN, Datuk Mah Siew Keong memperoleh 20,157 undi bagi memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

PRK Mahkota: Penyokong parti PN mula berarak mengiringi calon
Mohamad Haizan Jaafar tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini jam 8.30 pagi bersama lebih 1,000 penyokong.

MB Johor umum calon PRK Mahkota - Zahid
Presiden UMNO itu berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti.

PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap kempen kedua-dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berjalan secara berhemah.

PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum malam ini
Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK Sungai Bakap telah dimuktamadkan dan akan diumumkan 9 malam ini.

Badan penyelia pilihan raya Iran mula saring calon presiden - Jurucakap
Majlis Perlembagaan Iran telah memulakan proses penyaringan calon-calon yang berpotensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden kilat.

PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.

PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.

DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.

PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.

BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.