KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan memberi kerjasama penuh kepada kerajaan Persekutuan berhubung penganjuran program Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 di negeri ini yang dijangka berlangsung pada 2 Mei ini.
Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.
"Memang ada satu kerjasama dengan kerajaan negeri namun kita belum selaraskan dan muktamadkan lagi.
"Kita akan bagi kerjasama penuh bagi menyokong penganjuran program ini.
"Mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan dari semua sudut termasuk berkaitan keperluan tertentu selain pemilihan lokasi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Hari Terbuka Aidilfitri PAS di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad Ke IV di sini hari ini.
Mohd Nassuruddin berkata kerajaan negeri juga yakin penganjuran sambutan Aidilfitri MADANI di Kelantan itu akan mendapat sambutan baik daripada seluruh rakyat negeri ini.
Sementara itu, beliau berkata sejumlah RM3 juta sumbangan derma berjaya dikumpulkan melalui Tabung Palestin yang dilancarkan kerajaan negeri pada Ramadan lepas.
"Pungutan derma akan diteruskan dari semasa ke semasa terutama sepanjang Aidilfitri ini bagi menambah sumbangan sedia ada sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
MOHD NASSURUDDIN: Mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan dari semua sudut termasuk berkaitan keperluan tertentu selain pemilihan lokasi. -Gambar fail/Bernama
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
DUN Kelantan sebulat suara lulus Belanjawan negeri 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Penjawat awam Kelantan terima bantuan khas kewangan RM500 - MB
Bantuan berkenaan akan diberi pada Februari tahun depan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.
Kelantan bentang Belanjawan 2025, defisit RM93.02 juta
Kerajaan Kelantan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.45 bilion dengan anggaran defisit sebanyak RM93.02 juta.
Kelantan harap RMK13 pertimbang pelaburan strategik dalam sektor pembuatan
Kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi sebagai kawasan perindustrian baharu.
Kelantan teruskan usaha laksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Kerajaan negeri pandang serius kes 16 seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang dibatalkan, terutama dalam mendepani cabaran semasa.
Bekas Senator Muhamad Mustafa meninggal dunia akibat komplikasi jantung
Muhamad yang mengalami masalah jantung mengalami demam dan dirawat di hospital sebelum kesihatan semakin merosot minggu lepas.
Kerajaan Kelantan berlapang dada terima kekalahan - Mohd Nassuruddin
Mohd Nassuruddin berkata, mereka tetap meneruskan agenda berkebajikan dengan menyantuni penduduk Nenggiri.
Peruntukan lebih RM8 juta bagi pembangunan tanah terbiar di Kelantan tahun ini
Projek itu adalah kerjasama antara kerajaan negeri bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
PM Anwar pantau Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu di Kelantan
Perdana Menteri hari ini melakukan lawatan pemantauan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 1 di Tunjung, Kota Bharu.
Tiada exco kerajaan Kelantan terlibat rasuah - MB
Kerajaan Kelantan mengesahkan tiada pemimpin khususnya exco-exco negeri disabit dengan kesalahan rasuah, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.