ALOR SETAR:Kedudukan kerajaan negeri Kedah yang diwakili gabungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak terjejas dengan kemelut politik yang berlaku di negeri Perak ketika ini.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan keyakinan penuh terhadap kesetiaan yang ditunjukkan kesemua ADUN gabungan parti yang memerintah kerajaan negeri itu terhadap kepimpinannya.
Menurut Sanusi, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana parti di negeri Kedah sama ada yang mewakili kerajaan ataupun parti pembangkang yang diwakili Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
"(Situasi di Perak) tidak menjejaskan sama sekali dalam hubungan parti parti dalam kerajaan negeri, saya baik dengan PPBM, baik dengan UMNO, baik dengan parti pembangkang pun saya kawan, apa yang dimaklumkan oleh mereka (pembangkang) kita dengar, yang boleh (mampu) kita buat, tidak jejaskan sama sekali hubungan parti-parti di Kedah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri sesi taklimat khas oleh Lembaga Wilayah Kemajuan Kedah (KEDA) di Ibu Pejabat KEDA, di sini pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, beliau yakin tidak akan berlaku sebarang usul mengenai undi percaya atau undi tidak percaya terhadapnya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang akan datang.
Bagaimanapun, jelas Sanusi, beliau tidak boleh menghalang mana-mana ADUN yang untuk bertindak sedemikian dan menarik sokongan terhadapnya memandangkan keputusan bukanlah terletak pada ADUN-ADUN di Kedah sebaliknya, mereka hanya mengikut arahan parti masing-masing di peringkat Pusat.
Kedudukan kerusi di DUN Kedah ketika ini menyaksikan Pas memiliki 15 kerusi, Bersatu (6 kerusi) dan Barisan Nasional/ UMNO dengan 2 kerusi di pihak kerajaan.
Manakala pembangkang diwakili 5 ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (4 ADUN), DAP dan Pejuang masing-masing 2 ADUN.
Pada Ahad, Pas menyifatkan isu pembentukan kerajaan di Perak sebagai suatu keadaan terasing yang hanya melibatkan negeri berkenaan.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berharap, isu di Perak tidak akan berkembang ke negeri lain selain mempengaruhi keadaan politik di peringkat nasional.
Abd Hadi Che Awang
Mon Dec 07 2020
![Kedudukan kerajaan Kedah kukuh, tidak terjejas dengan kemelut politik di Perak - MB Kedudukan kerajaan Kedah kukuh, tidak terjejas dengan kemelut politik di Perak - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61607325202_MuhammadSanusi.jpg)
Menurut Sanusi, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana parti di negeri Kedah sama ada yang mewakili kerajaan ataupun parti pembangkang. - Gambar fail BERNAMA
![Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341803_FahmiFadzil.jpg)
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.
![Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720340181_Meninggaldunia.jpg)
Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan
Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Kelantan, Rosdi Mohamed meninggal dunia selepas 10 jam menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar.
![HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717485168_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Hamas tepis dakwaan jadikan sekolah UNRWA sebagai markas
Pejuang Hamas menafikan menjadikan sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pusat operasi mereka.
Ketua CIA dilapor ke Doha minggu hadapan
Ketua Agensi Risikan Pusat, Amerika Syarikat (CIA) William Burns dilaporkan akan ke Doha, Qatar minggu hadapan bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di antara negara pengantara dalam misi menamatkan kekejaman rejim Israel ke atas Gaza.
![Tiga bulan bawa bas tanpa lesen Tiga bulan bawa bas tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341019_BawaBasTiadaLese.jpg)
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
Taufan Beryl kategori satu dijangka membadai Texas
Bencana yang disebabkan Taufan Beryl tidak terhenti di negara kepulauan Carribean. Ia selepas hujan lebat turut melanda beberapa bahagian di Texas, Amerika Syarikat dan taufan kategori satu yang dijangka membawa ribut tropika akan melanda kawasan tersebut pada Isnin.
Perancis adakan pusingan kedua pengundian hari ini
Tinjauan pendapat meramalkan parti berhaluan kanan, National Rally (RN), bakal memperoleh undi terbanyak tetapi berkemungkinan tidak mencapai majoriti.
![Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red? Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720339988_Dira.jpg)
Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?
Dalam video itu, ibu empat anak itu turut meluahkan rasa malas untuk berkenalan dengan orang baharu.
Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan umat Islam supaya mengambil iktibar sifat sabar dan gigih Nabi Muhammad SAW ketika memperkenalkan sesuatu perkara baharu dengan memikirkan pendekatan strategik agar ia dapat disampaikan secara teran, jelas dan berkesan supaya dapat difahami serta diterima.
![MB Kedah tawar Pulau Pinang beli air dari LRA Lubuk Buntar MB Kedah tawar Pulau Pinang beli air dari LRA Lubuk Buntar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717886494_tbMuhammadSanusi.jpg)
MB Kedah tawar Pulau Pinang beli air dari LRA Lubuk Buntar
"(Tetapi) kalau nak beli saya (Kedah) jual, di LRA Lubuk Buntar ada lebihan air bersih di situ dengan suci hati tapi kena beli tak boleh ambil free (percuma) macam Sungai Muda."
![Kedah cadang tutup sementara tapak perkhemahan, percutian Kedah cadang tutup sementara tapak perkhemahan, percutian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671342891_TBtapakkhemah.jpg)
Kedah cadang tutup sementara tapak perkhemahan, percutian
Kerajaan negeri sedang kumpul jumlah tempat percutian sebelum diputuskan oleh Exco pada Rabu ini.
![Konsert depan Masjid Zahir, kerajaan Kedah panggil penganjur, gesa siasatan terperinci Konsert depan Masjid Zahir, kerajaan Kedah panggil penganjur, gesa siasatan terperinci](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41664774151_KonsertMasjid.jpg)
Konsert depan Masjid Zahir, kerajaan Kedah panggil penganjur, gesa siasatan terperinci
"Kerajaan negeri tidak halang konsert diadakan tetapi kandungan itu dianggap tidak bermoral dengan muda-mudi dengan gaya yang melampau."
![Tindakan Zuraida letak jawatan tidak jejas kerajaan Kedah - Menteri Besar Tindakan Zuraida letak jawatan tidak jejas kerajaan Kedah - Menteri Besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653561407_MBKedahDatukSeri.jpg)
Tindakan Zuraida letak jawatan tidak jejas kerajaan Kedah - Menteri Besar
Yang akan terkesan dengan keputusan Zuraida ialah kerajaan Persekutuan kerana Zuraida merupakan salah seorang daripada anggota Kabinet.
![Benarkan Kedah eksport ketum ke Thailand - Permintaan Menteri Besar kepada Pusat Benarkan Kedah eksport ketum ke Thailand - Permintaan Menteri Besar kepada Pusat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647419775_Sanusi.jpg)
Benarkan Kedah eksport ketum ke Thailand - Permintaan Menteri Besar kepada Pusat
Kerajaan akan dapat manfaat melalui kutipan cukai selain dapat banteras kegiatan penyeludupan ke negara jiran.
![Kedudukan kerajaan Kedah kukuh, tidak terjejas dengan kemelut politik di Perak - MB Kedudukan kerajaan Kedah kukuh, tidak terjejas dengan kemelut politik di Perak - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61607325202_MuhammadSanusi.jpg)
Kedudukan kerajaan Kedah kukuh, tidak terjejas dengan kemelut politik di Perak - MB
Muhammad Sanusi yakin dengan kesetiaan yang ditunjukkan kesemua ADUN gabungan parti yang memerintah kerajaan negeri itu terhadap kepimpinannya.
![Kerajaan PH, Bersatu Kedah dijangka 'luruh' minggu ini - PAS Kedah Kerajaan PH, Bersatu Kedah dijangka 'luruh' minggu ini - PAS Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41583915568_TBjpg.jpg)
Kerajaan PH, Bersatu Kedah dijangka 'luruh' minggu ini - PAS Kedah
Kerajaan gabungan Pakatan Harapan dan Bersatu yang kini menerajui negeri Kedah dijangka bertukar selewat-lewatnya minggu ini.