ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah berharap agar kerajaan Persekutuan membenarkan negeri itu menjadi pengeksport daun ketum yang sah ke negara Thailand terutama bagi tujuan perubatan.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kebenaran itu akan memberi banyak manfaat kepada banyak pihak terutama kerajaan melalui kutipan cukai hasil daripada aktiviti mengeksport daun ketum.
Selain itu, kata beliau, komitmen dan sumber agensi-agensi penguatkuasaan di sempadan tanah air dalam membanteras penyeludupan daun ketum ke negara jiran juga dapat dikurangkan selain penumpuan dapat dilakukan pada tugasan-tugasan yang lain.
Sehubungan itu, Muhammad Sanusi mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan bahawa Kedah bersedia untuk melantik mana-mana anak syarikat kerajaan untuk jadi agen tunggal di negeri itu dalam usaha menghimpunkan komuniti ketum.
Namun begitu, sekiranya ada keperluan meminda akta di Parlimen, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri bersedia untuk melaluinya.
“Kita jadi pengeksport secara sah dan kerajaan boleh mendapat cukai dan penguatkuasa tidak perlu tunggu, ligan (kejar) (penyeludup di) merata (tempat),
"Ia (adalah) untuk (tujuan) eksport (terutama dalam bidang perubatan) bukannya untuk masuk ke dalam badan secara tidak sah yang dinamakan 'cakoroi' itu,” kata beliau.
Menteri Besar berkata demikian dalam sidang media selepas menpengerusi Mensyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman pada Rabu.
Cakoroi yang sangat terkenal dalam kalangan pengamal air ketum itu merupakan campuran pati ketum dengan bahan-bahan lain.
Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi memaklumkan, kualiti tanah yang ada di negeri Kedah merupakan yang terbaik terutama bagi proses pertumbuhan dan pembesaran spesis daun ketum khusus bagi tujuan perubatan yang diusahakan di negara Thailand ketika ini.
"Dikatakan (negeri) Kedah adalah tanah yang paling sesuai untuk pertumbuhan dan pembesaran spesis ketum paling baik untuk perubatan yang telah diusahakan di negara jiran, Thailand.
“Sekarang ini (negara mereka) buat pil untuk perubatan, minuman (juga) boleh dibeli di 'vending machine' (yang menjual) air ketum .
"Oleh kerana permintaan (daun ketum) yang tinggi, sekilogram ketum di sini (Kedah hanyalah berharga) RM30, (namun apabila) sampai di sempadan (atau) tempat proses di Thailand (boleh mencecah) RM150 sekilogram… ia begitu mahal, patutlah (ramai) orang 'pulun' (berusaha) seludup (daun ketum)," ujar beliau lagi.
Abd Hadi Che Awang
Wed Mar 16 2022
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (kanan) berharap kerajaan Persekutuan membenarkan Kedah menjadi pengeksport daun ketum yang sah ke negara Thailand terutama bagi tujuan perubatan. - Gambar Astro AWANI
S&P 500: 18th December 2024 performance
A complete S&P 500 Index index overview by MarketWatch. View stock market news, stock market data and trading information. Standard and Poor's 500 index stocks categorized by sectors and industries. Size represents market cap.
AWANI Pagi: Sentimen anti-migran: Persepsi beban dan ancaman
Awani Pagi 8.30 pagi akan bersama Prof Madya Dr Mashitah Hamidi, Profesor Madya di Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, untuk diskusi sempena Hari Migran atau Perantau Sedunia yang disambut pada tanggal 18 Disember setiap tahun.
Luigi Mangione didakwa bunuh eksekutif Unitedhealth Group
Mangione menghadapi 11 pertuduhan, termasuk pembunuhan darjah pertama dan pembunuhan sebagai jenayah keganasan.
[Data & Statistics] The Asia Dow Index USD Overview, 18 Disember 2024
A complete The Asia Dow Index USD index overview by MarketWatch. View stock market news, stock market data and trading information.
Index provider Dow Jones Indexes has launched the Asia Dow to measure Asian equity markets through the tracking of 30 leading blue-chip.
Index provider Dow Jones Indexes has launched the Asia Dow to measure Asian equity markets through the tracking of 30 leading blue-chip.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 18 Disember 2024
Indeks FBM KLCI dibuka rendah 1.59 mata kepada 1,605.26 dan bergerak antara 1,594.51 dan 1,606.81 sepanjang dagangan pada Selasa. Bagaimana prestasi pembukaan Rabu?
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 18 Disember 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi Ringgit Malaysia berbanding dolar Singapura.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 18 Disember 2024
Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit turun naik sepanjang hari tetapi ditutup rendah berikutan pasaran bersedia untuk menghadapi minggu yang penting untuk mesyuarat bank pusat, terutamanya Rizab Persekutuan (Fed) AS.
Ringgit dibuka mengukuh susulan jangkaan AS turunkan kadar faedah
Namun, pasaran dijangka kekal berhati-hati susulan data jualan runcit AS yang akan memacu permintaan terhadap mata wang berkenaan.
Cukai minimum global perkukuh kewangan negara
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, GMT akan dilaksanakan ke atas syarikat multinasional yang mempunyai pendapatan global tahunan sekurang-kurangnya 750 juta euro dengan sebuah anak syarikat beroperasi di negara berbeza.
Malaysia kekalkan duti eksport minyak sawit 10 peratus pada Januari
Malaysia mengekalkan kadar duti eksport minyak sawit mentah bagi Januari pada 10 peratus dan menaikkan harga rujukannya, menurut pekeliling di laman web Lembaga Minyak Sawit Malaysia pada Selasa.
Remaja ditahan cuba seludup ketum ke Thailand
Suspek melakukan kerja berkenaan secara sambilan dan menerima upah sekitar RM10 untuk membawa masuk bekalan.
Lima pegawai polis antara enam ditahan proses ketum
Kesemua lelaki yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah dan orang awam berusia antara 31 dan 55 tahun itu ditahan malam tadi.
APMM Perak tahan 22 warga asing atas pelbagai kesalahan
Pemeriksaan lanjut turut menemukan kira-kira 60 liter cecair disyaki air ketum dan anggaran 200 kilogram ikan campur di atas bot.
Kastam bongkar makmal proses ubat batuk tiruan, campur ketum
JKDM membongkar kegiatan pemalsuan ubat batuk berjenama sedia ada di pasaran selepas menyerbu sebuah rumah sewa di Simpang Empat, di sini yang dijadikan makmal pemprosesan.
Empat anggota polis ditahan proses, ambil ketum
Tindakan empat anggota polis memproses ketum dipercayai untuk kegunaan sendiri membawa padah apabila ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tan Yew Lai dekat sini pada Khamis.
Op Tapis Bersepadu: Dua pelajar sekolah antara 604 ditahan
Kedua-dua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Op Tapis: 22 sarang 'mat gian' diserbu, 537 individu diserkup
Sejumlah dadah pelbagai jenis yang keseluruhannya bernilai lebih RM50,000 termasuk daun dan cecair ketum turut dirampas dalam operasi.
Taiwan, AS bekerjasama gagalkan penyeludupan ketum AS$1.1 bilion
Individu yang ditangkap membuat, membawa atau menjual narkotik Kategori 3 dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya tujuh tahun.
Malaysia perlu pemahaman menyeluruh mengenai ketum - Fadillah
Malaysia memerlukan pemahaman menyeluruh mengenai sifat dan aplikasi ketum yang boleh dijadikan industri komoditi menguntungkan melalui pelaburan dalam botani, farmakologi dan perubatan.
Empat lelaki ditahan miliki 1,000 pil Yaba, air ketum
Nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan RM11,100 manakala ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.