MELAKA: Lima pegawai polis dan seorang orang awam ditahan ketika sedang memproses minuman ketum di sebuah rumah di Alor Gajah malam tadi.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata kesemua lelaki yang terdiri daripada dua pegawai kanan dan tiga pegawai rendah polis serta orang awam berusia antara 31 hingga 55 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman kira-kira 11.30 malam tadi.
Beliau berkata pasukan serbuan turut merampas 5.2 liter cecair ketum yang dipek ke dalam beberapa botol dan dibungkus dengan plastik selain sepasang uniform operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta satu besen.
"Kesemua pegawai polis yang ditahan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka. Polis akan memastikan siasatan dijalankan secara telus dan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pegawai polis terlibat dengan pelanggaran disiplin yang boleh memberikan implikasi negatif terhadap nama baik PDRM.
"Operasi sebegini akan terus dijalankan oleh PDRM dalam membersihkan sebarang anasir yang tidak baik daripada terus merebak agar pegawai polis yang menjadi 'gunting dalam lipatan' yang boleh menjejaskan kredibiliti serta keyakinan masyarakat kepada PDRM diambil tindakan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata permohonan reman terhadap kesemua lelaki itu akan dibuat pada hari ini untuk membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(2) Akta Racun 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024
Pasukan serbuan turut merampas 5.2 liter cecair ketum yang dipek ke dalam beberapa botol dan dibungkus dengan plastik selain sepasang uniform operasi PDRM serta satu besen. - Foto PDRM
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Remaja ditahan cuba seludup ketum ke Thailand
Suspek melakukan kerja berkenaan secara sambilan dan menerima upah sekitar RM10 untuk membawa masuk bekalan.
Lima pegawai polis antara enam ditahan proses ketum
Kesemua lelaki yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah dan orang awam berusia antara 31 dan 55 tahun itu ditahan malam tadi.
APMM Perak tahan 22 warga asing atas pelbagai kesalahan
Pemeriksaan lanjut turut menemukan kira-kira 60 liter cecair disyaki air ketum dan anggaran 200 kilogram ikan campur di atas bot.
Kastam bongkar makmal proses ubat batuk tiruan, campur ketum
JKDM membongkar kegiatan pemalsuan ubat batuk berjenama sedia ada di pasaran selepas menyerbu sebuah rumah sewa di Simpang Empat, di sini yang dijadikan makmal pemprosesan.
Empat anggota polis ditahan proses, ambil ketum
Tindakan empat anggota polis memproses ketum dipercayai untuk kegunaan sendiri membawa padah apabila ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tan Yew Lai dekat sini pada Khamis.
Op Tapis Bersepadu: Dua pelajar sekolah antara 604 ditahan
Kedua-dua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Op Tapis: 22 sarang 'mat gian' diserbu, 537 individu diserkup
Sejumlah dadah pelbagai jenis yang keseluruhannya bernilai lebih RM50,000 termasuk daun dan cecair ketum turut dirampas dalam operasi.
Taiwan, AS bekerjasama gagalkan penyeludupan ketum AS$1.1 bilion
Individu yang ditangkap membuat, membawa atau menjual narkotik Kategori 3 dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya tujuh tahun.
Malaysia perlu pemahaman menyeluruh mengenai ketum - Fadillah
Malaysia memerlukan pemahaman menyeluruh mengenai sifat dan aplikasi ketum yang boleh dijadikan industri komoditi menguntungkan melalui pelaburan dalam botani, farmakologi dan perubatan.
Empat lelaki ditahan miliki 1,000 pil Yaba, air ketum
Nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan RM11,100 manakala ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.