ALOR SETAR: Kerajaan negeri telah memanggil penganjur dan akan menyiasat bagaimana konsert hiburan diadakan tidak jauh dari pekarangan Masjid Zahir, di sini, pada Jumaat lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad berkata, pihaknya dimaklumkan, aktiviti itu mendapat kebenaran daripada pihak berkaitan, namun, acara hiburan tersebut berlangsung kurang sopan.
Sehubungan itu, Najmi menyatakan rasa kesal dan telah mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) melakukan siasatan kerana tidak sepatutnya konsert seperti berkenaan dibuat di dataran tersebut kerana ia berhadapan masjid.
“Kita tidak menghalang konsert diadakan tetapi kandungan itu yang menyebabkan dianggap tidak bermoral dengan muda-mudi dengan gaya yang begitu melampau… makna tidak ada adab Islam dan berlaku pula di depan masjid.
“Saya sudah minta Jabatan Hal EhwaI Islam buat penyiasatan tentang perkara ini,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.
Najmi berkata demikian sebagai mengulas penularan rakaman video konsert memaparkan aksi penonton melompat dan menari ketika persembahan muzik dianjurkan.
Acara itu mengundang rasa kurang senang orang ramai, khususnya penduduk beragama Islam memandangkan ia diadakan tidak jauh dari Masjid Zahir.
Beliau turut dimaklumkan oleh Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad bahawa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak mengeluarkan lesen untuk penganjuran konsert itu sementara, lesen hiburan pula terletak di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah Kota Setar.
Sementara itu, Najmi mengingatkan pihak berkuasa supaya lebih berhati-hati dalam memberi kelulusan terhadap sebarang acara dan memantau program yang dianjurkan.
“Bila mereka mengemukakan permohonan, ia berdasarkan kepada permohonan itu tetapi yang berlaku di sebaliknya, dia (pihak berkuasa) pun tidak tahu… itu yang yang menjadi persoalan.
“Jadi penganjur harus sensitif dan juga perlu mengambil kira pandangan masyarakat dan sebagainya,” tegas Najmi lagi.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Oct 03 2022
Imej tangkap layar daripada rakaman konsert yang berlangsung di dataran berhadapan Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah mencetuskan rasa kurang senang orang ramai khususnya umat Islam.
NUBE lancar kempen hapuskan bayaran pengeluaran tunai RM1
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) melancarkan kempen tandatangan bertujuan menghapuskan bayaran pengeluaran tunai RM1 di ATM antara bank yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Turkiye berhasrta bekalkan tenaga elektrik ke Syria
Turkiye berhasrat membekalkan tenaga elektrik ke Syria dan mengukuhkan infrastruktur kuasanya.
Kerajaan Jepun luluskan draf Belanjawan 2025 dengan peruntukan pertahanan tertinggi
Daripada jumlah itu, lebih 10 peratus atau 8.7 trilion yen akan digunakan untuk perbelanjaan pertahanan.
Prestasi China dalam pembangunan berkualiti tinggi 2023
Jurucakap Jabatan Statistik Negara (NBS) memaklumkan berhubung dapatan yang tercatat dalam Tinjauan Ekonomi Kebangsaan kelima dalam satu sidang media anjuran Dewan Negara di sini pada Khamis.
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Kewangan, Lawrence Wong akan membentangkan kenyataan Belanjawan Singapura 2025 di parlimen pada 18 Feb.
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.
Lima negeri mendominasi eksport negara pada November
Lima negeri terus mendominasi eksport Malaysia yang secara keseluruhannya menyumbang sebanyak 83.8 peratus pada November 2024.
Pasaran ekuiti Malaysia dijangka stabil pada tahun hadapan
CIMB Securities positif terhadap pasaran ekuiti Malaysia pada 2025 disokong pertumbuhan pendapatan tahun ketiga berturut-turut pada lapan peratus, dipacu sektor perbankan, pembinaan dan utiliti.
85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.
‘Katak’, pengkhianat rakyat gamatkan DUN Melaka
Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas hari ini gamat seketika dengan gelaran 'katak' dan 'pengkhianat'.
Konsert depan Masjid Zahir, kerajaan Kedah panggil penganjur, gesa siasatan terperinci
"Kerajaan negeri tidak halang konsert diadakan tetapi kandungan itu dianggap tidak bermoral dengan muda-mudi dengan gaya yang melampau."