TANJUNG MALIM:Kedudukan Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu dihormati, ketika rundingan pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa berkata, parti itu sentiasa bersikap terbuka dan bertanggungjawab terhadap sebarang rundingan berhubung isu agihan itu, selagi prinsip perjuangannya dihormati.
"Kita mahu parti-parti (dalam PN) hormat kedudukan kita sebagai sebuah parti yang bukan sahaja lama, tapi juga besar dan memberikan kita peranan yang bersesuaian dengan kedudukan kita.
"BN akan terus lakukan libat urus dengan banyak lagi pihak menjelang PRU15, mengambil sikap keterbukaan dengan banyak parti politik terutama 12 parti politik dalam gabungan kerajaan PN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan agung Parti IPF ke-28, di Dewan Tan Sri Haji Ghazali, Slim River di sini, hari ini.
Menjelas lanjut, Annuar berkata rundingan mengenai agihan kerusi dalam BN telah selesai, manakala di peringkat Muafakat Nasional (MN) yang terdiri daripada parti itu sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS belum lagi selesai.
"Dengan MN belum 100 peratus selesai, selagi belum PRU15. Tapi sekurang-kurangnya daripada segi prinsip asal MN telah ada kesepakatan, cuma kita belum mulakan rundingan terperinci dengan Bersatu," katanya.
Pada 14 Dis lalu, Annuar berkata BN telah bersetuju supaya rundingan bersama Bersatu disegerakan, bagi mencapai kata sepakat berhubung kerusi yang akan ditandingi, manakala dua rundingan antara UMNO bersama PAS capai tahap kesefahaman kira-kira 60 hingga 70 peratus.
Selain itu, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berharap, pihak yang tidak mempunyai autoriti supaya jangan membuat sebarang kenyataan berhubung isu pembahagian kerusi, bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
Mengenai cadangan penyertaan IPF sebagai rakan komponen BN, Annuar berkata selagi tiada konsensus dalam kalangan parti komponen BN untuk menerima ahli baharu, maka IPF akan terus menjadi 'Friends of BN'.
Namun, katanya, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak untuk memberi peluang kepada IPF, bertanding di mana-mana kerusi sekiranya ia mempunyai prospek cerah bagi memberi kemenangan kepada parit, di kawasan terbabit.
"Walaupun IPF tidak jadi ahli (BN) jika ada tempat sesuai, ada prospek bawa kemenangan kepada kita, tidak ada masalah untuk kita berkompromi dan berikan kerusi kepada parti itu, yang penting persefaham," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 20 2020
![Kedudukan BN sebagai parti lama, besar perlu dihormati dalam agihan kerusi PN Kedudukan BN sebagai parti lama, besar perlu dihormati dalam agihan kerusi PN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61608470626_AnnuarMusaMenteri.jpg)
Annuar: "Kita mahu parti-parti (dalam PN) hormat kedudukan kita sebagai sebuah parti yang bukan sahaja lama, tapi juga besar...".
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720253591_AhmadJazlanYaakub.jpg)
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
![Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716882697_bolasepakKelantan.jpg)
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
![Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712107602_AnnuarMusajpg.jpg)
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
![Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708770772_PADU.jpg)
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
![Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708577238_TBAbdulHamidShaikh.jpg)
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
![Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707643650_tbNikElinZurina.jpg)
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
![Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700971114_TBAnnuarMusa.jpg)
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
![Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698713498_tbBekaspemimpinUMNO.jpg)
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
![Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682566968_TBketereh.jpg)
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
![PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693867818_TBPRKJohor.jpg)
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.