Seramai 60 orang ahli UMNO, termasuk pimpinan cawangan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Gua Musang, menyertai Pas hari ini atas alasan kecewa dengan parti itu.
Mereka termasuk Ketua Wanita UMNO Cawangan Setar Baru Khadijah Samat, Ketua Pemuda Cawangan Setar Baru Mohd Sohaimi Razali dan AJK Cawangan Setar Baru Abdullah Samat.
Majlis penyerahan borang penyertaan menjadi ahli Pas diserahkan kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di kediaman rasmi beliau di sini petang ini.
Turut menyertai mereka ialah 30 ahli PKR Gua Musang diketuai Ketua Ranting PKR Ladang SEDC Wan Mohd Emran Wan Zulkifli dan Ketua Ranting PKR Kampung Baru Setar Hassan Idris.
Mereka mendakwa, kumpulan itu merupakan pelopor kerana lebih ramai ahli UMNO dan PKR di kawasan mereka akan turut mengambil langkah bersama dalam perjuangan Pas Kelantan mempertahankan kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mereka juga mengakui kecewa melihat UMNO yang didakwa sudah lari dari perjuangan, serta sikap pemimpinnya yang dilihat lebih mementingkan diri dari membela nasib orang Melayu.
Pada Jun tahun lalu, kerusi DUN Nenggiri diisytiharkan kosong berikutan penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani dari Barisan Nasional hilang kelayakan sebagai wakil rakyat selepas diisytiharkan muflis.
Muhafandi Muhamad
Tue Apr 03 2018
Majlis penyerahan borang penyertaan menjadi ahli Pas diserahkan kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di kediaman rasmi beliau hari ini. Astro AWANI / MUHAFANDI MOHAMAD
Masters Indonesia: Juara Terbuka Malaysia hantar Tang Jie-Ee Wei pulang
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kecundang di tangan Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam aksi rubber set di Kejohanan Badminton Masters Indonesia.
Warga emas didenda cederakan kakitangan Puspakom
Seorang warga emas didenda RM1,600 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan mencederakan kakitangan Puspakom minggu lalu.
Seorang maut, empat cedera dalam kejadian tembak di Pantai Morib
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kejadian tembak pada Jumaat.
Dokumen, barangan lelaki disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu dirampas
Dokumen tertera gelaran Datuk Seri antara barangan dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah premis rawatan Ayurveda yang dikendalikan seorang lelaki di Puchong.
'Saya banyak peroleh ilmu daripada juri' - Siti Nordiana syukur dapat sertai GV
Siti Nordiana sangat menghargai GV kerana platform tersebut banyak membantu dalam menghidupkan semula karier seninya yang sebelum ini suram.
MOTAC kaji naikkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026
MOTAC juga menetapkan sasaran untuk menjana sekurang-kurangnya RM150 bilion hasil daripada sektor pelancongan.
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Isu kerusi DUN Nenggiri: 19 Feb keputusan batal saman Mohd Azizi
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Feb tahun depan bagi menentukan keputusan permohonan SPR, Bersatu dan Speaker DUN Kelantan untuk membatalkan saman pemula difailkan bekas ADUN.
'Cukup main politik, sekarang masa untuk bekerja' - Awie
Mohd Azmawi berkata, sudah tiba masa untuk berkhidmat selepas mendapat kepercayaan pengundi dengan kemenangan majoriti besar 3,352 undi.
PRK Nenggiri: Generasi muda tagih peluang pekerjaan
Tanpa kehadiran tapak perindustrian, rata-rata penduduk di sini hanya bergantung harap kepada pekerjaan tradisional.
Peningkatan liputan Internet beri kelegaan kepada penduduk Nenggiri
Liputan Internet jalur lebar mudah alih dan tetap berkelajuan laju, dapat diakses secara meluas di kebanyakan kawasan berpendudukan padat.
Kemenangan BN di Nenggiri bolehkan suara pembangkang lebih didengari
Kemenangan itu menjadikan mekanisme semak dan imbang di negeri Kelantan lebih efektif.
Pusat penamaan calon PRK DUN Nenggiri dibuka
Setiap parti dan individu yang berhasrat bertanding akan diberikan masa sejam bermula 9 hingga 10 pagi bagi mengemukakan borang pencalonan.
DUN Nenggiri perlu bantuan Kerajaan Pusat, bawa projek untuk rakyat - Ahmad Maslan
Katanya, CSR itu merupakan hadiah kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan dan segala pembangunan yang dilaksanakan adalah untuk mereka.
Keputusan injunksi tangguh umum tarikh PRK DUN Nenggiri diketahui esok - Mohd Azizi
Mohd Azizi berkata DUN Kelantan telah melakukan beberapa kesalahan dalam mengumumkan kekosongan kerusi tersebut termasuk ia dibuat di luar sidang DUN Kelantan.
ADUN Nenggiri ke mahkamah Ahad ini cabar keputusan Speaker DUN Kelantan
Penyandang kerusi DUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim akan ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Ahad bagi mencabar keputusan Speaker DUN Kelantan berhubung pengosongan kerusi.
Kecewa dengan parti, 60 ahli UMNO sertai Pas di Kelantan
Mereka termasuk Ketua Wanita UMNO Cawangan Setar Baru Khadijah Samat, Ketua Pemuda Cawangan Setar Baru Mohd Sohaimi Razali dan AJK Cawangan Setar Baru Abdullah Samat.