ALOR GAJAH: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri memerlukan bantuan kerajaan Persekutuan khususnya daripada aspek kewangan, untuk membangunkan lebih banyak prasarana dan projek mega buat rakyat di kawasan itu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata di bawah pentadbiran kerajaan pusat khususnya UMNO sebelum ini, pelbagai pembangunan dilaksanakan di Nenggiri dan terbaharu ialah Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (CSR), yang melalui pinggir jalan utama Gua Musang dan Kuala Krai.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata CSR berkenaan merupakan hadiah kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan dan segala pembangunan yang dilaksanakan adalah untuk mereka.
"Gua Musang ini ialah kawasan luar bandar... ia amat memerlukan kekuatan kewangan kerajaan pusat untuk membangunkannya dan kerajaan negeri tidak mampu membangunkannya.
"Mereka tidak ada duit untuk membuat pembangunan yang besar-besar di Gua Musang... yang ada hanya kerajaan pusat dan saya harap pengundi menyedari tentang perkara itu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) 2024, di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Simpang Ampat di sini semalam.
Pada 19 Jun, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala 17 Ogos sebagai hari pengundian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Ahmad (lima, kanan) hadir bagi menyampaikan piala, sijil dan wang tunai kepada peserta pada Konvensyen KIK JKR 2024 di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR di Alor Gajah, 23 Julai 2024. --fotoBERNAMA

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)

Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.

Jangan terlalu selesa dengan kemenangan PRK Nenggiri - Mohamad
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan mengingatkan jentera BN supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan pada PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.

Muhyiddin tiba di mahkamah untuk pendakwaan kes sentuh 3R
Sesi pendengaran kes berkenaan bermula pada 9 pagi ini di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Isu 3R: Muhyiddin didakwa di mahkamah Gua Musang esok - KPN
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa esok berhubung ucapannya yang dikatakan menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja ketika berkempen pada PRK Nenggiri.

Muhyiddin akan didakwa mengikut Akta Hasutan di mahkamah esok
Ucapan Muhyiddin tempoh hari seolah-olah mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong ke-16 melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.

Anwar tegaskan tidak campur tangan siasatan terhadap Muhyiddin
Anwar berkata tidak akan mencampuri siasatan terhadap Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh institusi diraja ketika berkempen pada PRK Nenggiri.

Jangan leka kejayaan di Nenggiri - Ahmad Maslan
Ahmad menggesa barisan jentera parti semua terus fokus membuat persiapan rapi.

PN Pahang sokong Muhyiddin disiasat
ADUN Perikatan Nasional (PN) negeri ini menyokong penuh titah Tengku Hassanal supaya satu siasatan yang adil dilakukan ke atas Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya semasa berkempen di Nenggiri.

'Saya tak bermaksud hina institusi raja' - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan ucapannya pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri tidak berniat menghina institusi raja.