KOTA KINABALU: Kebangkitan semula Barisan Nasional (BN) terutama dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk di Sabah sebelum ini adalah bukti komitmen dan keprihatian kepimpinan parti itu dalam menambat semula hati rakyat.
Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.
"Jika telahan penghujung hayat BN telah sampai pada 2018 lalu, mereka silap menganalisis dan melakukan telahan.
"Sekarang ini, terdapat empat permohonan parti lain mahu menyertai BN sebagai parti teras.
"Ertinya jika UMNO dan BN serta parti komponen lain berada di hujung hayat politik, tidak mungkin parti-parti terbabit memohon untuk masuk BN.
"Atas kekuatan semula, atas kebangkitan BN di Sabah dalam PRN (Pilihan Raya Negeri), atas kebangkitan pada PRN di Melaka dan Johor, insya-Allah saya yakin BN akan bangkit semula dalam PRU15," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ahli Dewan Tertinggi BN Bersama Kepimpinan BN Sabah di Bangunan UMNO, Karamunsing di sini malam tadi.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Datuk Arthur Joseph Kurup dan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO, berkata adalah menjadi tanggungjawab semua pemimpin dan ahli BN untuk mewujudkan kesepaduan minda serta bersama-sama fokus memenangi pilihan raya umum akan datang.
"Rakyat amat rindukan BN, rakyat amat sayang kepada BN, rakyat mahu melihat BN menjadi pemerintah semula di Putrajaya.
"Jika mereka mengharapkan kita, tolong jangan hampakan harapan mereka. Kepada mereka kita berikan keyakinan, kepada kita mereka berikan harapan.
"Kita yakin di bawah kepimpinan PM sebagai ketua kerajaan di peringkat Persekutuan, kepimpinan BN akan mendukung hasrat (Perdana Menteri) untuk menyelesai perkara-perkara yang menjadi isu rakyat.
"BN akan terus mendukung semua dasar kerajaan... kita mahu meraih semula mandat daripada rakyat, mudah-mudahan BN dapat berada di tampuk kemuncak, bukan hanya di Putrajaya tetapi juga di negeri lain termasuk Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022

Ismail Sabri (kanan) bersama Ahmad Zahid ketika menghadiri Majlis Mesyuarat Tertutup Barisan Nasional di Bangunan UMNO Sabah pada Jumaat. -fotoBERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.