KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempertimbang untuk memberikan kad pengenalan diri atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin di Sarawak dan Sabah, termasuk dalam kalangan orang asal, yang masih belum memiliki identiti diri, jika memenuhi kelayakan.
Timbalannya, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, kementerian telah mewujudkan Jawatankuasa Khas Status Warganegara Peringkat Negeri Sarawak untuk meneliti urusan dokumentasi bagi individu yang tidak berdokumen berumur 21 tahun ke bawah di negeri itu.
Manakala bagi negeri Sabah, ia dibincangkan dalam Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS).
"Kita harap kerjasama ini dapat kita teruskan bagi memastikan semua individu yang diberitahu oleh Yang Berhormat dapat diberikan identiti mereka dan kita telah tukarkan Pasukan Petugas Khas (PPK) yang ditubuhkan pada 2015 kepada Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di mana 'mobile' kita akan turun ke pedalaman.
"Kita juga mengalu-alukan kementerian lain untuk memberikan data," katanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni (GPS - Sibuti) mengenai langkah kementerian pada masa depan untuk mengesan, dan jangka masa untuk populasi berkenaan diberikan hak kewarganeraan.
Jelas beliau, berdasarkan maklumat yang diterima, masih ramai orang asal di Sarawak dan Sabah yang tidak mempunyai pengenalan diri.
Sebelum itu, Lukanisman turut minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan proaktif kerajaan terhadap maklumat penerima vaksin yang tidak mempunyai kad pengenalan diri terutama sekali di Sarawak dan adakah Kerajaan akan mengambil tindakan mengenai isu individu tanpa pengenalan diri.
Mengulas lanjut, Ismail berkata kementerian melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sentiasa mengambil inisiatif dan langkah proaktif dalam memastikan urusan pendaftaran dokumen pengenalan diri individu yang berkelayakan dapat dilaksanakan dengan mudah di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman melalui inisiatif Mekar.
"Antara inisiatif tambahan yang sering dilaksanakan oleh Kementerian ini adalah pelaksanaan pelbagai operasi penguatkuasaan seperti OP Patuh untuk mengawal dan menilai pematuhan masyarakat terhadap SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Semasa pemeriksaan OP Patuh, kementerian ini sentiasa menasihatkan semua pihak terutamanya majikan untuk memastikan setiap pekerja yang digajikan adalah mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.
"Majikan turut dinasihatkan supaya meregularisasikan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk memastikan semua pekerja adalah berdokumen dan mendapat akses kepada vaksinasi COVID-19," katanya.
Program Mekar adalah satu program yang menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuklah khidmat nasihat berkaitan pendaftaran Kad Pengenalan, Kelahiran, dan Kematian serta memberikan taklimat berkaitan kepentingan dokumen pengenalan diri.
*Ikuti semua kandungan ini di laman mikro Sisi TV Parlimen serta di semua platform media sosial Astro AWANI sepanjang sidang Parlimen ini berlangsung.
Hasimi Muhamad
Wed Sep 15 2021

Ismail berkata kementerian telah mewujudkan Jawatankuasa Khas Status Warganegara Peringkat Negeri Sarawak untuk meneliti urusan dokumentasi bagi individu yang tidak berdokumen berumur 21 tahun ke bawah di negeri itu. -Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

KDN teliti pemberian kad pengenalan kepada penerima vaksin di Sarawak, Sabah
Berdasarkan maklumat yang diterima, masih ramai orang asal di Sarawak dan Sabah yang masih tidak mempunyai pengenalan diri.

Op COVID-19: Lelaki mengaku bersalah halang tugas penjawat awam
Mekanik, S. Punniamurthy, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob.

Kerajaan Sabah pandang serius isu dokumentasi dan kewarganegaraan
Biasanya ia berkaitan pendaftaran yang tidak berlaku di waktu yang tepat, sekali gus menuntut usaha gigih pihak berkaitan untuk menanganinya, bagi mengelak timbul masalah pada masa hadapan.