KUALA LUMPUR:Gabungan parti politik perlu ubah pendekatan untuk memenangi hati pengundi, bukan lagi dengan hanya menonjolkan calon Perdana Menteri semata-mata, kata Pengarah Komunikasi Research for Social Advancement (REFSA) Raja Ahmad Iskandar Fareez Raja Shamsul Kamal.
Jelas beliau, apa yang boleh dilakukan oleh mana-mana pakatan yang ingin memenangi hati pengundi ialah, menyediakan barisan kepimpinan berkaliber yang berpotensi menerajui kerajaan.
Dengan cara itu, katanya, ia dapat membantu pengundi membuat anjakan paradigma dalam membuat pilihan pada pilihan raya kelak.
"Kalau kita lihat sistem berparlimen kita yang beracuan Westminster, walaupun sosok atau karektor pemimpin Perdana Menteri itu sangat baik, tetapi kalau Kabinet tidak berfungsi, maka kepimpinannya akan diandaikan sebagai gagal.
“Jadi kalau kita nak lihat bagaimana satu kerajaan boleh diunjurkan untuk bergerak dengan efisien maka komposisi cadangan Kabinet itu sendiri mestilah mantap daripada segi kebolehan dan latar belakang mereka,” katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini
Katanya lagi, sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, negara ini telah menyaksikan pertukaran struktur parti memerintah yang agak radikal, berbanding zaman Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun.
Pakatan Harapan (PH), selepas memenangi proses demokrasi itu, telah meletakkan calon Perdana Menteri yang bukan dari parti komponen terbesar, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ketika zaman BN, calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri lazimnya datang dari parti UMNO, menjadikan parti itu sentiasa dominan dalam merangka dasar serta hala tuju negara.
Lebih menarik, Perikatan Nasional (PN) menyaksikan UMNO tidak lagi mempunyai dominasi dan pengaruh besar memandangkan Perdana Menteri ialah Presiden Bersatu sendiri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mengulas lanjut, Iskandar berkata, tempoh lebih 60 tahun berada bawah pentadbiran BN yang ditunjangi oleh UMNO, menyaksikan rakyat Malaysia terbiasa dengan dominasi hegemoni parti politik tunggal.
Beliau berkata, semua pihak harus sedar tiada lagi satu parti yang dominan dalam kerajaan, baik semasa era pentadbiran PH mahupun PN.
“Bagaimana pun, masih ramai lagi ahli politik yang tidak boleh menerima kenyataan bahawa landskap politik Malaysia sudah berubah,” katanya.
Iskandar mendakwa, ketidakstabilan pentadbiran Muhyiddin hari ini lahir daripada persaingan antara Bersatu dan UMNO untuk menjadi ‘abang besar’ dalam gabungan PN.
Ini, katanya, akan memberi impak kepada bentuk kerjasama atau mungkin 'percakaran pendapat' pihak itu pada PRU akan datang.
Menuju ke hadapan, beliau berkata, parti-parti politik di Malaysia harus menginsafi perkembangan semasa dan membina semula gabungan yang lahir daripada semangat kerjasama, bukan 'dominasi abang besar'.
“Bagi gabungan politik, ini bermakna mereka harus mengetengahkan sekumpulan (cohort) pemimpin yang berketerampilan dan berkebolehan demi memastikan kelangsungan mereka.
“Kepelbagaian bakat dengan mencampurkan nama baharu dan personaliti-personaliti yang berpengalaman mungkin berupaya menjadi kunci untuk memikat para pengundi di masa hadapan,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Feb 11 2021
Iskandar berkata, kepelbagaian bakat dengan mencampurkan antara nama baharu dan personaliti berpengalaman mungkin berupaya menjadi kunci parti politik untuk memikat pengundi pada masa hadapan. - Gambar hiasan
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Jual nama calon perdana menteri sudah tidak relevan - Iskandar Fareez
Apa yang boleh dilakukan oleh mana-mana pakatan yang ingin memenangi hati pengundi ialah, menyediakan barisan kepimpinan berkaliber yang berpotensi menerajui kerajaan.