Jo-Anna yang juga Timbalan Ketua Wirawati Warisan akan menggalas tanggungjawab itu bagi Kementerian Kewangan negeri.
Beberapa keping gambar dimuat naik bekas ratu cantik Unduk Ngadau itu di laman sosial instagramnya.
![Jo-Anna Sue Henley Rampas ketika berada di majlis angkat sumpah bagi jawatan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sabah](http://img.astroawani.com/2018-10/61539224263_freesize.jpg)
Semalam, seramai 19 Setiausaha Politik Kementerian Kerajaan Negeri Sabah telah mengangkat sumpah sambil disaksikan Mohd Shafie.
Beberapa pengikut Jo-Anna di laman sosial itu turut merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan dan majlis angkat sumpah jawatan tersebut.
![Antara ucapan tahniah dari pengikut-pengikut Jo-Anna di Instagram](http://img.astroawani.com/2018-10/71539225373_freesize.jpg)
![Antara ucapan tahniah dari pengikut-pengikut Jo-Anna di Instagram](http://img.astroawani.com/2018-10/71539225198_freesize.jpg)