NIBONG TEBAL: Tindakan beberapa pihak yang "menunggang" isu penyertaan BlackRock Inc dalam penstrukturan semula kepentingan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) merupakan satu tindakan politik sempit bertujuan mewujudkan persepsi jahat dalam kalangan rakyat.
Menyelar tindakan itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia bukan sahaja mewujudkan "kepalsuan", malah menyifatkannya sebagai a very short sighted approach yang mampu merosakkan perancangan negara.
"Mereka yang cuba menunggang isu ini tidak melihat kepada kepentingan kita menambah baik mutu perkhidmatan di lapangan terbang.
"Sejujurnya, BlackRock tiada kaitan secara langsung dengan perbincangan antara MAHB dan Global Infrastructure Partners (GIP), syarikat yang dirasakan mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk membantu kita memulihkan dan menambah baik lapangan terbang," katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui ketika hadir memberikan sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan Joohari Ariffin pada proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di sini hari ini.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata BlackRock merupakan pelabur institusi dan terlibat sebagai pemegang saham pelbagai syarikat di seluruh dunia, bukan hanya di Malaysia.
Dalam isu penstrukturan semula MAHB, beliau menjelaskan bahawa 70 peratus saham entiti itu dipegang Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan golden share, selebihnya kepada GIP, dan tiada saham dijual kepada BlackRock.
Justeru, beliau menegaskan semua keputusan strategik dalam MAHB masih di tangan kerajaan Malaysia antaranya dalam urusan menentukan pemilihan jawatan-jawatan penting termasuk pengerusi, ketua pegawai eksekutif, dan memastikan tiada mana-mana petugas akan dibuang kerja.
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) itu juga berkata isu ini telah dibincangkan pada peringkat Jemaah Menteri dan setakat ini tidak berlaku sebarang percanggahan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan berhubung isu itu dan ia masih boleh dibincangkan sekiranya terdapat masalah.
Semalam, GIP menegaskan BlackRock tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang transaksi berhubung penstrukturan semula kepentingan MAHB melalui Gateway Development Alliance (GDA).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2024

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, bercakap kepada media semasa menghadiri pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Sungai Jawi, hari ini.- Foto Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Jangan tunggang isu BlackRock bagi wujudkan persepsi jahat - Fahmi
Tindakan "menunggang" isu penyertaan BlackRock Inc dalam penstrukturan semula kepentingan MAHB merupakan satu tindakan politik sempit.