ALOR SETAR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kesal dengan tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih menyentuh isu 3R (agama, bangsa, raja) dalam ceramah pilihan raya di Kapar, Klang, pada malam Ahad.
Beliau berkata, kedegilan pemimpin politik itu berterusan memainkan isu berkenaan disifatkan tidak menghormati nasihat Majlis Raja-Raja Melayu yang mahu isu kalimah Allah tidak lagi dipolitikkan.
Menurutnya, sikap Muhyiddin yang masih memainkan sentimen keagamaan biarpun dinasihati Majlis Raja-Raja menunjukkan pemimpin itu sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan kelangsungan politik.
“Kabinet telah buat keputusan, kita akan angkat beberapa cadangan untuk adakan satu arahan pentadbiran baharu dikemukakan kepada Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) dipengerusikan Sultan Selangor.
“MKI kemudian bentangkan kepada mesyuarat Majlis Raja-Raja akan datang. Sehingga tempoh itu, tidak dibenarkan lagi mempolitikkan isu berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kedah pada Selasa.
Hadir sama calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti, Datuk Zamri Yusof.
Dalam ceramah berkenaan, Muhyiddin mendakwa isu kalimah Allah menggambarkan Kerajaan Perpaduan kini diterajui bukan Islam selain mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipengaruhi DAP susulan kerajaan tidak meneruskan rayuan di mahkamah berhubung kes kalimah Allah.
Saifuddin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengemukakan cadangan menambah baik arahan pentadbiran susulan arahan sedia ada tidak lagi boleh digunakan.
“Asas keputusan mahkamah tinggi tempoh hari ialah kerana adanya percanggahan antara keputusan jemaah menteri dan KDN. Kabinet ketika itu (Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri) mengeluarkan ‘partial ban’, maksudnya penggunaan beberapa perkataan termasuklah perkataan Allah tertakluk kepada yang diletakkan di kulit hadapan untuk kegunaan Kristian dalam konteks Sabah dan Sarawak.
“Manakala KDN ketika itu membuat satu arahan pentadbiran yang mengenakan ‘total ban’,” jelasnya.
Menurutnya, keputusan berkenaan tidak pernah diubah oleh Muhyiddin selepas dilantik Perdana Menteri.
“Dari segi pelaksanaan, apabila penguatkuasaan dilakukan dan rampasan berlaku menyebabkan pihak terlibat mencabar di mahkamah. Percanggahan keputusan Kabinet dengan arahan pentadbiran KDN menyebabkan keputusan kabinet dianggap terpakai, rampasan bahan tersebut dianggap tidak mengikut undang-undang,” ujarnya.
Saifuddin turut mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang tidak meneruskan keputusan Kabinet sebelum itu yang memutuskan ia dibuat secara penyelesaian luar mahkamah.
“Semasa Muhyiddin dan saya sebagai anggota jemaah menteri (2018) bawah pimpinan Dr Mahathir, Kabinet buat keputusan kes-kes yang sedang dibicarakan di mahkamah berkait isu tersebut dibuat secara penyelesaian luar mahkamah.
“Keputusannya diusahakan secara berunding antara kerajaan dengan pihak yang membawa kes ke mahkamah. Malangnya Muhyiddin tidak hormati keputusan itu dan tidak berbuat apa-apa,” katanya lagi.
Menurutnya, tidak mustahil keengganan Muhyiddin menyelesaikan isu terbabit disebabkan beliau mempunyai agenda politik untuk terus memainkan sentimen agama.
“Beliau jelas tidak berniat mahu harmonikan kehidupan rakyat berbilang kaum. Seolah mahu tonjolkan diri sebagai jaguh membela umat Islam dan pertahankan akidah.
“Sedangkan hakim membuat keputusan penghakiman mereka tiada kaitan soal teologi atau akidah, sebaliknya persoalan timbul akibat percanggahan keputusan kabinet dan arahan pentadbiran,” ujarnya.
Mei lalu, media melaporkan KDN dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa penganut Kristian boleh guna kalimah Allah dan tiga perkataan Arab, iaitu Baitullah, kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan.
Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 18 April lalu.
Antara lain, notis itu menyatakan KDN dan kerajaan Malaysia tidak berniat untuk meneruskan rayuan difailkan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan tanpa sebarang perintah terhadap kos.
Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi, 10 Mac 2021 membenarkan permohonan semakan kehakiman wanita Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang mohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 01 2023
![Isu kalimah Allah: Muhyiddin tidak hormati nasihat Majlis Raja-Raja - Saifuddin Isu kalimah Allah: Muhyiddin tidak hormati nasihat Majlis Raja-Raja - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71690884694_SaifuddinNasution.jpg)
Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media di sini hari ini. - Foto BERNAMA
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![KPN cadang tubuh Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan KPN cadang tubuh Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731596380_AaronAgoDagang.jpg)
KPN cadang tubuh Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bercadang menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan pada tahun depan bagi menangani sebarang permasalahan perpaduan.
![Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726292792_AbdulHadiAwang.jpg)
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
![Hantaran isu 3R: MCMC ambil keterangan Razman Hantaran isu 3R: MCMC ambil keterangan Razman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712146249_TBMCMCLogo.jpg)
Hantaran isu 3R: MCMC ambil keterangan Razman
Pasukan penguat kuasa MCMC hari ini telah mengambil keterangan pentadbir akaun Facebook itu dan menyita kelengkapan komunikasi miliknya.
![Isu 3R, diesel tidak wajar dimanipulasi pada PRK DUN Mahkota Isu 3R, diesel tidak wajar dimanipulasi pada PRK DUN Mahkota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726146675_FaizFadzil.jpg)
Isu 3R, diesel tidak wajar dimanipulasi pada PRK DUN Mahkota
Muhammad Faiz berkata pembangkang seharusnya bersikap lebih konstruktif dan progresif dengan mengetengahkan isu yang memberi manfaat.
![Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725881904_TBAnwarIbrahim.jpg)
Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya kenyataan itu berbaur hasutan yang berupaya mencetus bibit keganasan dan pergaduhan kaum.
![Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724740844_ZahidHamid.jpg)
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
![Isu 3R: Muhyiddin didakwa di mahkamah Gua Musang esok - KPN Isu 3R: Muhyiddin didakwa di mahkamah Gua Musang esok - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724051625_KetuaPolisNegara.jpg)
Isu 3R: Muhyiddin didakwa di mahkamah Gua Musang esok - KPN
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa esok berhubung ucapannya yang dikatakan menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja ketika berkempen pada PRK Nenggiri.
![Himpunan Solidariti Raja, Rakyat Berpisah Tiada berlangsung aman di Kuantan Himpunan Solidariti Raja, Rakyat Berpisah Tiada berlangsung aman di Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724252517_TBSOLIDARITIRAJAPAHA.jpg)
Himpunan Solidariti Raja, Rakyat Berpisah Tiada berlangsung aman di Kuantan
Himpunan solidariti Raja dan Rakyat Berpisah Tiada anjuran Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) di hadapan Masjid Sultan Ahmad 1 di sini petang tadi berlangsung dengan aman.
![Isu 3R: Rakaman keterangan Muhyiddin ditangguh Isu 3R: Rakaman keterangan Muhyiddin ditangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724051625_KetuaPolisNegara.jpg)
Isu 3R: Rakaman keterangan Muhyiddin ditangguh
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, ini berikutan peguam Muhyidddin masih berada di Thailand.
![Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720134839_AdamAdli.jpg)
Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, bersama-sama AMK Pahang.