JOHOR BAHRU: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu UMNO Johor kembali bangkit dan memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), nanti.
Beliau berkata Johor sebagai negeri tempat 'kelahiran' parti keramat itu, maka UMNO Johor perlu bangkit kembali bagi menguasai kerajaan.
"Johor memang daripada dahulu menjadi benteng kekuatan UMNO. Seperti yang kita tahu, UMNO ditubuhkan di Johor, jadi UMNO Johor perlu bangkit kembali menguasai kerajaan.
"Walaupun sekarang memang UMNO menjadi kerajaan di Johor tetapi kali ini kita percaya UMNO akan menang lebih besar di Johor," katanya kepada pemberita selepas program Bangkit 15 peringkat negeri Johor di sini hari ini.
Turut hadir, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Pengerusi UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Johor kini di bawah pimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan Menteri Besarnya Datuk Hasni Mohammad daripada UMNO mengetuai kerajaan negeri.
PN mempunyai 29 kerusi dengan Barisan Nasional sebanyak 16 kerusi, Bersatu 12 kerusi dan PAS satu kerusi manakala Pakatan Harapan mempunyai 27 kerusi dengan DAP 14, Amanah enam serta PKR tujuh.
Sementara itu, mengenai Bangkit 15, Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) berkata beberapa negeri telah selesai mengadakan pogram berkenaan yang merupakan persediaan jentera UMNO bagi menghadapi PRU15.
Menurutnya, Johor merupakan negeri terakhir sebelum menjelang Ramadan dan program sama akan diteruskan di Sabah, Kelantan, Pulau Pinang serta Terengganu selepas sambutan Aidilfitri nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 10 2021
Ismail Sabri Yaakob mahu UMNO Johor kembali bangkit dan memenangi lebih banyak kerusi pada PRU15. - Bernama
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Sidang Parlimen: Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula
Kerajaan sedang menilai cadangan dasar baharu berkaitan tempoh menduduki kuarters kerajaan untuk memastikan pengurusan lebih sistematik, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Sidang Parlimen: Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan
Kerajaan merancang melanjutkan tempoh pelaksanaan skim MySalam selama dua tahun lagi, menjadikannya empat tahun dari tempoh asal, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.