Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bukanlah satu nama asing buat penduduk di Negeri Sembilan khususnya Port Dickson, apatah lagi beliau pernah menjadi menteri besar negeri ini selama 22 tahun, sejak 1982.
Mengabdikan diri sejak sekian lama 'bermukim' di dalam Parlimen Port Dickson menerusi platform UMNO sebagai wakil rakyat, bekas pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) itu kali ini memilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson atas tiket bebas.
Ini bersandarkan sejarah perkhidmatan yang pernah diberikan sebelum ini selain menyifatkan dirinya sebagai 'anak jati Port Dickson'.
Lahir di Bagan Pinang di sini, bapa kepada empat anak iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan, memulakan karier politiknya bersama UMNO pada sekitar tahun 1972 dan pernah menjadi wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada 1978 sehingga 1982, ADUN Bagan Pinang (1986-2004) dan Anggota Parlimen Jempol (2004-2008).
Mohd Isa, yang juga bekas guru, pernah memegang jawatan anggota Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Telok Kemang pada 1972 sehingga 1976, Naib Ketua Pemuda UMNO Telok Kemang (1976-1978), Ketua Pemuda UMNO Bahagian Telok Kemang (1978-1982), Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan (1980-1982), Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang (1982-2017), Anggota Majlis Tertinggi UMNO (1990-1993) dan Naib Presiden UMNO (2004-2005).
Di dalam kerajaan, bekas pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu pernah memegang jawatan penting iaitu Menteri Wilayah Persekutuan pada 2004 sebelum melepaskan jawatan itu setahun kemudian.
Mohd Isa, 69, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang, Port Dickson dan kemudiannya di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya, Mohd Isa mendirikan rumah tangga bersama Puan Sri Hazizah Tumin pada 26 Nov 1977. Hazizah meninggal dunia pada 7 Dis 2005 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, Kuala Lumpur akibat kanser.
Beliau kemudian berkahwin dengan bekas Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid pada 2010.
Baru-baru ini, Mohd Isa mengesahkan telah keluar daripada UMNO untuk bertanding sebagai calon bebas PRK Parlimen Port Dickson yang menyaksikan pertandingan tujuh penjuru yang turut melibatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang calon PAS serta empat lagi calon bebas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 30 2018
![Isa Samad 'Budak PD' yang ingin tabur bakti Isa Samad 'Budak PD' yang ingin tabur bakti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81498916982_PengerusiFelda.jpg)
Baru-baru ini, Mohd Isa mengesahkan telah keluar daripada UMNO untuk bertanding sebagai calon bebas PRK Parlimen Port Dickson. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi
Proses libat urus Kementerian Kewangan dengan pihak pemegang taruh bagi tujuan penyiapan dokumen Belanjawan 2025 berjalan lancar.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Antara Muhammad Yunus, noktah kemiskinan dan Malaysia Antara Muhammad Yunus, noktah kemiskinan dan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723609111_MuhammadYunus.jpg)
Antara Muhammad Yunus, noktah kemiskinan dan Malaysia
Muhammad Yunus yang memimpin kerajaan peralihan Bangladesh ketika ini sarat dengan kisah memerangi kemiskinan dan ia berkait rapat dengan Malaysia.
![Anwar sambut baik jaminan Muhammad Yunus, sedia bantu Bangladesh Anwar sambut baik jaminan Muhammad Yunus, sedia bantu Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723614760_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar sambut baik jaminan Muhammad Yunus, sedia bantu Bangladesh
Perkara itu menjadi antara topik yang dibincangkan kedua-dua pemimpin menerusi panggilan telefon pada Selasa malam.
![PRAXIS 2024 bincang isu keutamaan strategik negara PRAXIS 2024 bincang isu keutamaan strategik negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723607293_ISIS.jpg)
PRAXIS 2024 bincang isu keutamaan strategik negara
Anwar dalam ucapannya menekankan kepentingan menangani isu-isu ini menjelang negara mencapai status pendapatan tinggi.
![PM Anwar terima kunjungan hormat Rais Tatarstan PM Anwar terima kunjungan hormat Rais Tatarstan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723603895_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar terima kunjungan hormat Rais Tatarstan
Anwar berkata pertemuan berlangsung di Perdana Putra, Putrajaya bersempena dengan lawatan kerja dua hari Minnikhanov ke Malaysia.
![PM dijangka buat pengumuman penting berkaitan SSPA pada MAPPA ke-19, Jumaat ini PM dijangka buat pengumuman penting berkaitan SSPA pada MAPPA ke-19, Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723523531_AnwarIbrahim.jpg)
PM dijangka buat pengumuman penting berkaitan SSPA pada MAPPA ke-19, Jumaat ini
Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman penting mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19.
![Bidang STEM: 100 saintis akan turun ke kawasan luar bandar - PM Bidang STEM: 100 saintis akan turun ke kawasan luar bandar - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723437985_AnwarIbrahim.jpg)
Bidang STEM: 100 saintis akan turun ke kawasan luar bandar - PM
Anwar berkata saintis-saintis mahir boleh mempamerkan penemuan-penemuan baharu dalam bidang sains, digital, mahupun kecerdasan buatan (AI).
![Tatakelola jadi pegangan KSN baharu dalam menerajui sektor awam Tatakelola jadi pegangan KSN baharu dalam menerajui sektor awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723435460_ShamsulAzriAbuBak.jpg)
Tatakelola jadi pegangan KSN baharu dalam menerajui sektor awam
Agenda tatakelola selaras dengan amanat yang dijunjung Perdana Menteri Anwar, kata Shamsul Azri.
![Olimpik Paris 2024: Jangan mengeluh prestasi kontinjen negara - PM Anwar Olimpik Paris 2024: Jangan mengeluh prestasi kontinjen negara - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723434908_AnwarIbrahim.jpg)
Olimpik Paris 2024: "Jangan mengeluh prestasi kontinjen negara" - PM Anwar
Kerajaan akan menyiapkan kerangka baharu untuk meningkatkan prestasi sukan dan olahraga dalam negara sebagai persediaan ke acara antarabangsa kelak.