Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi bayangan Pengerusi DAP Negeri, Chow Kon Yeow akan menggantikannya jika beliau disabitkan kesalahan terhadap kes rasuah yang dihadapinya.
"Kita akan lawan sampai habis. Kita tahu dia (Barisan Nasional) sasar saya.
"Kalau Lim Guan Eng tak ada, Chow Kon Yeow ada. Kita sedia korbankan diri kerana kita mahu selamatkan Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis sambutan 10 tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di Padang Kota Lama, di sini, Ahad malam.
Turut hadir Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan barisan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Pakatan Harapan.
Perbicaraan kes rasuah Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung pembelian banglo di bawah harga pasaran ditetapkan selama 23 hari bermula 26 Mac ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Pada 30 Jun, 2016, Guan Eng engaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk mendapatkan keuntungan bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew, dengan meluluskan permohonan penukaran status tanah pertanian kepada kawasan perumahan awam kepada syarikat sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri pada 18 Julai, 2014.
Guan Eng juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan habuan bagi dirinya dengan membeli sebuah rumah dari Phang dengan harga RM2.8 juta iaitu di bawah harga pasaran RM4.27 juta pada 28 Julai, 2015.
Phang, yang juga presiden Magnificent Emblem, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan ketua menteri itu bagi mendapatkan rumah untuk beliau (Guan Eng) di Jalan Pinhorn, di sini dengan harga RM2.8 juta iaitu tidak sepadan dengan nilai pasaran bagi hartanah berkenaan iaitu RM4.27 juta. -- Bernama
Bernama
Sun Mar 11 2018
Lim Guan Eng memberi bayangan Pengerusi DAP Negeri, Chow Kon Yeow (gambar) akan menggantikannya jika beliau disabitkan kesalahan di mahkamah. - Facebook/Chow Kon Yeow
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian antara cabaran kerajaan Pulau Pinang
Kekerapan gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian yang tinggi dan kekurangan bakat antara cabaran dihadapi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Pulau Pinang tumpu kepada pengurusan sisa dan proses kitar semula - Chow
Chow Kon Yeow berkata pengurusan sisa buangan telah menjadi masalah ketara di Malaysia selama beberapa dekad.
Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua mula tahun depan - Chow
Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua antara beberapa inisiatif utama untuk Pulau Pinang yang diumumkan oleh Anwar dalam Bajet 2025 pada 18 Okt lepas.
Jauhi pantai, elak aktiviti laut di Pulau Pinang ketika fenomena air pasang besar - Chow
Kon Yeow berkata walaupun keadaan masih terkawal, namun pihaknya tidak dapat menjangkakan situasi dalam tempoh dua hari lagi.
Draf Rancangan Tempatan di Pulau Pinang dijangka diwartakan tahun depan
Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai oleh MBPP telah siap manakala untuk bahagian pulau oleh MBPP dijangka siap hujung tahun ini.
Pulau Pinang catat pelaburan pembuatan diluluskan RM411.8 juta dari China
Pulau Pinang mencatat pelaburan pembuatan diluluskan bernilai RM411.8 juta dari China bagi tempoh separuh pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.