KOTA KINABALU: Semua pihak perlu memberikan ruang secukupnya kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menimbang kemasukan parti tempatan di negeri itu ke dalam gabungan politik tersebut.
Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor berkata GRS sedang menimbang perkara itu dengan teliti sebelum membuat keputusan sama ada menerima parti terbabit atau sebaliknya.
"Kita mempunyai perancangan di dalam GRS, bagilah peluang, bukan terus kita (terima kemasukan parti)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Koko Sabah 2022 di sini semalam.
Ketua Menteri Sabah itu berkata GRS juga mempunyai cara tersendiri dalam usaha menyatukan parti tempatan bagi memastikan semua pihak dapat bersama duduk semeja membangunkan Negeri Di Bawah Bayu.
Pada Sabtu, Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick mempersoal 'cakap-cakap' GRS mahu menyatukan semua parti politik tempatan Sabah namun tidak menerima keanggotaan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Demokratik Liberal (LDP).
GRS dianggotai Bersatu Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang menjalin kerjasama bersama Barisan Nasional (BN) bagi mentadbir negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022
Hajiji (dua, kanan) ketika hadir untuk merasmikan Pesta Koko Sabah 2022 di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu semalam. - Facebook Hajiji Haji Noor
Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Tidak perlu tunggu PRN Sabah untuk jalin kerjasama dengan GRS - Armizan
Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).
PBS, STAR tetap komited beri sokongan kepada GRS - Joniston
Dakwaan kononnya dua parti komponen GRS itu ingin bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada PRN Sabah akan datang adalah tidak berasas.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kerajaan GRS-PH Plus adil kepada semua tanpa mengira fahaman politik - Hajiji
Hajiji berkata walaupun pelbagai kritikan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya serta kerajaan pimpinannya, namun soal keadilan tetap menjadi pegangan beliau.
PRN Sabah: 'Kita yang buat keputusan, bukan mereka' - Abdul Hadi
Keputusan sama ada Pas akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan ditentukan sendiri parti itu bukan pihak lain.
PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi
Isu melibatkan kerjasama politik di antara Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dengan UMNO menuju ke PRN Sabah tidak akan dibincangkan dalam PAU 2024.
GRS nafi PBS, STAR bertanding solo PRN Sabah akan datang
GRS menafikan dakwaan dua parti gabungannya, PBS dan STAR merancang bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.
Usah politikkan isu kemiskinan tegar di Sabah - Azizah
Semua pihak terutamanya pembangkang di Sabah diminta agar tidak mempolitikkan isu kemiskinan tegar sebaliknya bersama-sama kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha menoktahkan isu dihadapi rakyat.
PRN Sabah: GRS perlu kenal pasti calon berkualiti, boleh menang - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu mengenal pasti calon berkualiti untuk mewakilinya pada Pilihan Raya Negeri akan datang dan bukan calon yang melobi bagi mendapatkan kerusi untuk ditandingi.