SERDANG: Bimbang Barisan Nasional (BN) kalah sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) diadakan tahun depan menyebabkan Pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesa Parlimen segera dibubarkan, kata seterunya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), gesaan yang dibuat Ahmad Zahid itu juga membuktikan BN menyedari kedudukan gabungan itu tidak kuat mana.
Dalam masa sama, Muhyiddin menegaskan, kebimbangan yang disuarakan Ahmad Zahid juga bertujuan untuk menyelamatkan pihak-pihak tertentu yang sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah.
Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, laporan turut menunjukkan kepercayaan rakyat terhadap BN semakin merosot.
“Dia (Ahmad Zahid) kata pilihan raya mesti diadakan pada tahun ini bukan tahun depan. Kalau tunggu tahun depan, Barisan Nasional mungkin akan kalah. Saya seronok baca kenyataan ini. Maknanya, mereka tu taklah kuat sangat.
“Kita juga dapat laporan bahawa kepercayaan rakyat terhadap BN makin merosot.
“Apatah lagi tujuan desakan supaya pilihanraya diadakan lebih awal adalah semata-mata untuk mendapatkan kembali kuasa bagi menyelamatkan pihak-pihak tertentu daripada hukuman mahkamah,” katanya lagi sewaktu berucap merasmikan Konvensyen Perikatan Nasional 2022, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, rakyat tidak mungkin lagi akan membiarkan usaha campur tangan dalam proses kehakiman di negara ini berlaku.
Sehubungan itu, kata Muhyiddin, bagi PN, tidak kira PRU15 diadakan tahun ini atau pada 2023, proses demokrasi itu tetap sama sahaja.
“Prinsip kita ialah lawan yang mungkar, pilih integriti dan terus prihatin kepada rakyat kerana itulah tujuan kita berada di dalam wadah Perikatan Nasional,” tegasnya lagi.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyentuh mengenai himpunan UMNO dan BN yang turut diadakan hari ini, bertujuan untuk mendesak Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) untuk membubarkan Parlimen lebih awal.
Beliau berkata, berdasarkan perjanjian awal antara beliau dan Ismail Sabri sewaktu penyerahan jawatan Perdana Menteri dahulu, Ahli Parlimen Bera itu perlu berunding dengan PN dahulu selaku sebahagian anggota Kabinet.
“Beliau kena runding dengan kita dulu kerana kita juga adalah sebahagian daripada kerajaan. Tak tahulah saya samada Perdana Menteri masih ingat adanya perjanjian itu.
“Walau apa pun, kita bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa. Kalau ikut adat kebiasaannya pun, kita telah masuk ke tahun terakhir bagi penggal pilihan raya ini,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sat Aug 27 2022
Bimbang Barisan Nasional kalah sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) diadakan tahun depan menyebabkan Pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesa Parlimen segera dibubarkan, kata seterunya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar fail
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Parlimen: Kenaikan gaji minimum harus disokong dengan dasar jelas, kawalan harga - Muhyiddin
Kenaikan gaji minimum mesti disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.
Muhyiddin gagal dapat pasport bercuti ke Uzbekistan, sambut ulang tahun perkahwinan
Muhyiddin gagal mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk bercuti dan menyambut ulang tahun perkahwinan di Uzbekistan.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
MoU peruntukan: Pembangkang kekal tolak, tidak kemuka cadangan baharu - Muhyiddin
PN tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf MoU mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.