KUALA LUMPUR:Gelombang desakan ketidakyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dijangka berterusan, kata Profesor Dr Sivamurugan Pandian.
Menurut penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia itu, desakan tersebut akan terus kedengaran susulan kegagalan blok pembangkang menolak Belanjawan 2021 ketika bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Parlimen pada Selasa.
Beliau berkata, pemimpin dan parti politik dijangka menggunakan platform lain untuk menterjemahkan rasa tidak yakin itu selepas gagal berbuat demikian di Dewan Rakyat.
"Masing-masing tahu bahawa Parlimen adalah tempat terbaik menyoal tahap kepercayaan dan keyakinan Perdana Menteri dan itu tidak berjaya apabila kerajaan Perikatan Nasional di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan sokongan walaupun tiga majoriti.
"Sudah pasti mereka (pembangkang) akan mencari ruang-ruang yang lain barangkali secara berterusan akan mempengaruhi persepsi dan juga melahirkan ketidakyakinan ke atas kepimpinan Perdana Menteri kerana masing-masing (mempunyai) pendirian yang sama melihat bahawa membuka ruang persoalan ke atas kedudukan kepimpinan Perdana Menteri," kata Sivamurugan dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, Sivamurugan berkata, desakan itu juga dilihat seperti memberi tekanan agar Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dipercepatkan meskipun ketika negara berdepan pandemik COVID-19.
"Saya pasti ruang baharu akan diterokai mungkin akan membawa kepada kerjasama dengan pihak yang lain dan ketiga mungkin juga akan mendesak dipercepatkan PRU walaupun kita masih berhadapan dengan pandemik COVID-19,” kata beliau lagi.
Fareez Azman
Wed Dec 16 2020
Profesor Dr Sivamurugan berkata, desakan parti politik terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional dijangka berterusan. - Gambar fail
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
Tiada pengosongan kerusi: Bersatu ambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat
Bersatu konsisten menolak keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan menegaskan beliau tidak sepatutnya membuat keputusan sebegitu.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.
Pemilihan Bersatu: Saya sudah ada 'keputusan' - Muhyiddin
'Ilham' diperoleh selepas Muhyiddin bertemu dengan sebahagian besar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, baru-baru ini.
Kekosongan kerusi Parlimen: Kerajaan Perpaduan tak isytihar sebab takut kalah - Muhyiddin
Muhyiddin dakwa, Kerajaan Perpaduan sanggup melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuaan berkait Akta Lompat Parti.
Isu dipecat Bersatu: 'PN jadikan kami ahli Parlimen Bebas' - 6 MP
Enam bekas ahli Parlimen Bersatu yang dipecat daripada parti itu menegaskan tidak akan menyertai mana-mana parti politik, sebaliknya akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas.
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.
Kedudukan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu: Keputusan Speaker berdasarkan Perlembagaan - PM Anwar
Beliau juga minta Muhyiddin baca tafsiran undang-undang Perlembagaan Persekutuan mengenai Akta Anti Lompat Parti secara menyeluruh.
"Muhyiddin tak faham kebebasan bersuara Ahli Parlimen" - Nazri
Keputusan yang dibuat Johari itu bertepatan dengan semangat Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini, kata Nazri.