Tsunami politik yang melanda pada 2008 dan 2013 yang menjejaskan kestabilan Barisan Nasional dan penguasaan kuasa dalam politik Malaysia terus menghantui parti pemerintah itu, kali ini dengan kehadiran wajah baru, Dyana Sofya Mohd Daud.
Dalam pilihan raya kecil Teluk Intan, DAP dan Pakatan Rakyat dijangka sekali lagi menyumbangkan kekalahan kepada BN walaupun dengan majoriti yang lebih kecil.
Kemenangan Dyana, kata para penganalisis dan pemerhati, dijamin, walaupun faktor-faktor yang secara tradisinya tidak memihak kepada beliau: seorang belia, kurang pengalaman dan menjadi calon Melayu yang bertanding di daerah majoriti Cina.
"Dyana secara jelasnya tidak bersedia untuk menjadi calon dan belum matang lagi. Dia masih perlu dibimbing sehingga boleh menjadi (penasihat DAP) Lim Kit Siang yang seterusnya," kata penganalisis politik Khoo Kay Peng.
Walau bagaimanapun, umur dan kemahiran peguam berusia 27 tahun itu berbanding dengan lawannya, Datuk Mah Siew Keong, seorang veteran politik, tidak dijadikan isu oleh pengundi yang dilihat sebagai anti-golongan berkuasa terutama sekali penduduk Cina di kawasan berkenaan.
"DAP masih mempunyai kelebihan. Walaupun mempunyai perbezaan yang besar di antara calon-calon, namun sentimen anti-BN tetap tinggi. Kami tidak bercakap mengenai faktor Ubah yang diketengahkan oleh parti berkenaan."
Orang Cina membentuk 42% daripada 60,000 pengundi berbanding dengan orang Melayu dan India iaitu masing-masing 38% dan 19%. DAP memenangi 85% pengundi Cina pada masa dahulu, dan menjangka penurunan paling tinggi iaitu 5%.
Keputusan DAP untuk mengetengahkan Dyana, seorang anak perempuan daripada keluarga UMNO, telah dianggap sebagai berani dan pada masa yang sama turut dianggap sebagai satu gimik.
Walaupun pembangkang berkata ia mahu memecahkan politik perkauman dan menyambut ketibaan 'Malaysia baru' , pengkritik berkata DAP meletakkan calon yang tidak dikenali kerana mereka tahu mereka akan menang tidak kira calonnya siapa.
Ia juga dilihat sebagai usaha untuk menangkis kritikan bahawa parti itu anti-Melayu dan mengukuhkan kehadiran mereka dalam PRU14 , memandangkan sokongan daripada Cina kian meningkat.
"Mereka boleh menang dengan logo parti itu sendiri , dan ia lebih daripada Dyana. Ia melampaui kekuatan calon," kata seorang penganalisis politik.
Taruhan yang tinggi untuk Mah
Untuk Mah yang berusia 53 tahun, seorang anak tempatan dan pernah menjadi ahli parlimen di kawasan itu untuk dua penggal, ia adalah taruhan yang tinggi kerana beliau adalah ketua parti komponen di dalam BN yang dilihat semakin lemah. Parti itu hanya memegang satu kerusi Parlimen dalam pilihan raya lepas.
"Masa depan Gerakan dalam taruhan," kata seorang ahli Gerakan, yang tahu frasa ini sering diungkap sejak kebelakangan ini.
Walaupun dianggap sebagai seorang pemimpin yang berkebolehan, kekalahan di Teluk Intan bermakna Mah akan mempunyai masa yang sukar untuk meneruskan kerjaya politiknya dengan lancar.
Ini juga mengapa Gerakan dan BN telah menganjurkan 20-30 acara kecil-kecilan. Ia boleh dikatakan bahawa Mah telah bekerja dua kali lebih keras daripada DAP.
Oleh kerana pengundi Cina sudah dianggap sebagai 'hilang' dan pengundi Melayu sebahagian besarnya masih setia kepada BN, salah satu komponen penting untuk strategi BN kali ini adalah untuk menarik masyarakat India.
Mereka berharap untuk mendapat sebanyak 60% sokongan, walaupun mereka hanya berjaya mendapat 40% sokongan pada masa lepas. Pemerhati menjangkakan jumlah ini akan meningkat dan memihak kepadap BN atas janji-janji yang diberikan.
Musuh utama Gerakan adalah kehadirannya dalam BN sendiri. Pengundi-pengundi telah mengakui bahawa mereka lebih suka anak tempatan untuk menjadi wakil rakyat yang boleh bekerja dan membawa pembangunan tetapi kebencian mereka terhadap BN membnayangi apa sahaja janji yang dibentangkan dalam manifesto beliau.
Analisis penuh di Dyana Sofya tipped to win in close fight for Teluk Intan
Teoh El Sen
Sat May 31 2014
![Dyana Sofya dijangka menang tipis kerusi Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya dijangka menang tipis kerusi Parlimen Teluk Intan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/41401497775_295x200.jpg)
DAP dan Pakatan Rakyat dijangka sekali lagi menyampaikan kekalahan kepada BN
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Adakah Tsunami Perak 2008 akan berulang, 1.5 juta pemilih jadi penentu Adakah Tsunami Perak 2008 akan berulang, 1.5 juta pemilih jadi penentu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71525831404_950x600.jpg)
Adakah Tsunami Perak 2008 akan berulang, 1.5 juta pemilih jadi penentu
Paling menarik untuk dilihat adalah pertembungan di hampir 30 kerusi di kawasan majoriti pengundi Melayu yang dimenangi oleh UMNO.
![Kacak & jelita! Ini 6 ahli politik muda yang mencairkan hati rakyat Malaysia Kacak & jelita! Ini 6 ahli politik muda yang mencairkan hati rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41525759202_pru-kacak-cantik-header.jpg)
Kacak & jelita! Ini 6 ahli politik muda yang mencairkan hati rakyat Malaysia
Kami senaraikan beberapa ahli politik muda yang bakal meneraju pimpinan negara masa hadapan tanpa mengambil kira parti politik yang diwakili.
![Mah Siew Keong kecewa Mah Siew Keong kecewa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51525162640_MahSiewKeong.jpg)
Mah Siew Keong kecewa
Datuk Seri Mah Siew Keong menyuarakan kekecewaannya selepas bahan-bahan kempen seperti poster dan bendera untuk calon-calon Barisan Nasional (BN) di sekitar pekan ini sengaja dirosakkan.
![Dyana Sofya, Zairil bertunang? Dyana Sofya, Zairil bertunang?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71520657392_DyanaSofya.jpg)
Dyana Sofya, Zairil bertunang?
Khabar angin mengenai majlis pertunangan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dengan bekas calon PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud yang tular hari ini seakan benar.
![Hudud: Nik Aziz nasihatkan Dyana Sofya Hudud: Nik Aziz nasihatkan Dyana Sofya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/71360489337_295x200.jpg)
Hudud: Nik Aziz nasihatkan Dyana Sofya
Nik Abdul Aziz dikatakan menasihatkan Dyana Sofya supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan pada masa depan.
![Dyana Sofya akan tinggalkan DAP - Tunku Aziz Dyana Sofya akan tinggalkan DAP - Tunku Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/81370673964_295x200.jpg)
Dyana Sofya akan tinggalkan DAP - Tunku Aziz
Tunku Aziz berpendapat jika Dyana menyedari bahawa DAP bukan sebuah parti berbilang kaum, beliau akan meninggalkannya.
![Jangan jadi boneka kepada UMNO, kata Ketua Wanita Keadilan Jangan jadi boneka kepada UMNO, kata Ketua Wanita Keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/81391749915_295x200.jpg)
Jangan jadi boneka kepada UMNO, kata Ketua Wanita Keadilan
Ketua Wanita Keadilan menggesa Ahli Parlimen baru Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong supaya tidak 'menjadi boneka kepada UMNO'.
![Kemenangan bermakna PRK Teluk Intan - Pemimpin BN Kemenangan bermakna PRK Teluk Intan - Pemimpin BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/81401584674_295x200.jpg)
Kemenangan bermakna PRK Teluk Intan - Pemimpin BN
Para pemimpin BN menyifatkan personaliti calon BN Datuk Mah Siew Keong merupakan antara faktor pengundi Teluk Intan beralih arah untuk memberi undi kemenangan kepada BN.
![PRK Teluk Intan: DAP iktiraf kemenangan BN, kata Lim Guan Eng PRK Teluk Intan: DAP iktiraf kemenangan BN, kata Lim Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61367212927_295x200.jpg)
PRK Teluk Intan: DAP iktiraf kemenangan BN, kata Lim Guan Eng
DAP menerima kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Teluk Intan.
![Kemenangan satu titik perubahan - Mah Kemenangan satu titik perubahan - Mah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/71401546330_295x200.jpg)
Kemenangan satu titik perubahan - Mah
Kemenangan BN di Teluk Intan membawa satu titik perubahan bukan sahaja di kawasan itu malah kepada parti Gerakan, kata Mah Siew Keong.