Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong berkata kemenangan beliau pada pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan akan membawa satu titik perubahan bukan sahaja di kawasan itu malah kepada parti Gerakan.
Presiden Gerakan itu menyifatkan pertandingan kali ini amat sengit namun parti komponen BN membuktikan kemampuan untuk menang jika bersatu.
"Bagi saya, ini juga satu titik perubahan kepada Gerakan. Saya bangga dengan kerjasama antara parti komponen BN yang membawa kejayaan" katanya ketika ditemui pemberita selepas diumum sebagai pemenang dalam PRK itu oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di sini malam ini.
Mah mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi selepas memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya yang mendapat 19,919 undi.
Beliau juga amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang banyak memberi nasihat dan bimbingan dalam perjuangan kali ini.
Mah berkata sebagai tanda terima kasih terhadap sokongan pengundi Teluk Intan, beliau akan berkunjung ke pasar besar untuk menemui sendiri mereka yang menyokongnya.
Sementara itu, Dyana Sofya Mohd Daud semasa berucap di depan kira-kira 200 penyokong dan jentera Pakatan Rakyat di sini malam ini, melahirkan rasa kecewa kerana gagal mempertahan kerusi DAP di Parlimen Teluk Intan.
Bagaimanapun, beliau berikrar akan meneruskan perjuangan parti itu dan berjanji tidak akan menghampakan penyokong.
"Saya tetap akan berada di sini dan memberi fokus kepada masyarakat di sini," kata setiausaha politik kepada anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, yang juga Penasihat DAP.
Bernama
Sat May 31 2014
Kemenangan satu titik perubahan - Mah
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
Adakah Tsunami Perak 2008 akan berulang, 1.5 juta pemilih jadi penentu
Paling menarik untuk dilihat adalah pertembungan di hampir 30 kerusi di kawasan majoriti pengundi Melayu yang dimenangi oleh UMNO.
Kacak & jelita! Ini 6 ahli politik muda yang mencairkan hati rakyat Malaysia
Kami senaraikan beberapa ahli politik muda yang bakal meneraju pimpinan negara masa hadapan tanpa mengambil kira parti politik yang diwakili.
Mah Siew Keong kecewa
Datuk Seri Mah Siew Keong menyuarakan kekecewaannya selepas bahan-bahan kempen seperti poster dan bendera untuk calon-calon Barisan Nasional (BN) di sekitar pekan ini sengaja dirosakkan.
Dyana Sofya, Zairil bertunang?
Khabar angin mengenai majlis pertunangan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dengan bekas calon PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud yang tular hari ini seakan benar.
Hudud: Nik Aziz nasihatkan Dyana Sofya
Nik Abdul Aziz dikatakan menasihatkan Dyana Sofya supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan pada masa depan.
Dyana Sofya akan tinggalkan DAP - Tunku Aziz
Tunku Aziz berpendapat jika Dyana menyedari bahawa DAP bukan sebuah parti berbilang kaum, beliau akan meninggalkannya.
Jangan jadi boneka kepada UMNO, kata Ketua Wanita Keadilan
Ketua Wanita Keadilan menggesa Ahli Parlimen baru Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong supaya tidak 'menjadi boneka kepada UMNO'.
Kemenangan bermakna PRK Teluk Intan - Pemimpin BN
Para pemimpin BN menyifatkan personaliti calon BN Datuk Mah Siew Keong merupakan antara faktor pengundi Teluk Intan beralih arah untuk memberi undi kemenangan kepada BN.
PRK Teluk Intan: DAP iktiraf kemenangan BN, kata Lim Guan Eng
DAP menerima kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Teluk Intan.
Kemenangan satu titik perubahan - Mah
Kemenangan BN di Teluk Intan membawa satu titik perubahan bukan sahaja di kawasan itu malah kepada parti Gerakan, kata Mah Siew Keong.