SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri (Pindaan) 2022 bagi membolehkan Enakmen Anti Lompat Parti dilaksanakan di negeri itu.
Usul pindaan itu dibawa oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari semalam dan mendapat sokongan sebulat suara Ahli Dewan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima DUN Selangor ke-14 di sini.
Ketika menggulung RUU itu, beliau berkata tujuan pindaan dilaksanakan adalah bagi memastikan Enakmen Anti Lompat Parti sekata dan selaras dengan apa yang telah diputuskan di Parlimen sebelum ini.
"Ini supaya tidak ada pertembungan dengan apa yang diputuskan di peringkat Persekutuan dan dengan adanya pindaan ini, keadaan (politik negeri) terjamin dengan rakyat dapat memilih individu daripada parti tertentu dan pemimpin perlu bertanggungjawab terhadap ruang yang diberikan oleh rakyat," katanya.
Semalam, Amirudin berkata pindaan itu dilaksana selaras dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang berkuat kuasa 5 Okt lepas.
Akta itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 31 Ogos dan diwartakan sebagai Akta A1663 pada 6 Sept lepas.
Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim pula berkata kelulusan enakmen itu menjadi jaminan supaya wakil rakyat bersikap lebih setia kepada parti dan bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan.
"Rakyat memilih jadi mereka perlu perjuangkan demi rakyat. Pada masa sama, Enakmen Anti Lompat Parti ini menjamin kestabilan politik.
"Usul itu yang dibawa semalam oleh Menteri Besar dibahaskan oleh lebih 15 wakil rakyat," katanya kepada pemberita di Bangunan Annex DUN Selangor di sini.
Persidangan DUN Selangor ditangguhkan sehingga 3 petang esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022
![DUN Selangor lulus Enakmen Antilompat Parti DUN Selangor lulus Enakmen Antilompat Parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669291521_AmirudinShari.jpg)
Usul pindaan itu dibawa oleh Amirudin semalam dan mendapat sokongan sebulat suara Ahli Dewan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima DUN Selangor ke-14. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Ibu-ibu berkerjaya di Selangor, jangan lepas peluang mohon insentif MamaKerja! Ibu-ibu berkerjaya di Selangor, jangan lepas peluang mohon insentif MamaKerja!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720755757_mamakerja.jpg)
Ibu-ibu berkerjaya di Selangor, jangan lepas peluang mohon insentif MamaKerja!
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata masih ada 1,000 slot lagi dibuka untuk permohonan.
![Banteras nikah sindiket, pindaan enakmen undang-undang dibentang 2026- Exco agama Selangor Banteras nikah sindiket, pindaan enakmen undang-undang dibentang 2026- Exco agama Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720591568_TBakadnikahjpg.jpg)
Banteras nikah sindiket, pindaan enakmen undang-undang dibentang 2026- Exco agama Selangor
Pindaan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 dijangka dibentangkan pada 2026.
![Pembangunan Taman Reka Bentuk IC Selangor bantu kurangkan hijrah cendekiawan Pembangunan Taman Reka Bentuk IC Selangor bantu kurangkan hijrah cendekiawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720501574_NgSzeHan.jpg)
Pembangunan Taman Reka Bentuk IC Selangor bantu kurangkan hijrah cendekiawan
Pembangunan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) Selangor dijangka membantu mengurangkan isu penghijrahan cendekiawan atau 'brain drain' dalam industri semikonduktor negara.
![Shila Amzah, Ubai naik motosikal ke MBPJ demi sokong Selangor Shila Amzah, Ubai naik motosikal ke MBPJ demi sokong Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720486874_ShilaAmzahUbai.jpg)
Shila Amzah, Ubai naik motosikal ke MBPJ demi sokong Selangor
Pasangan itu hadir sebagai penonton dan memberikan sokongan buat pasukan Selangor dengan menaiki motosikal ke stadium.
![Subsidi pengoperasian kepada operator projek DRT belum ditetapkan - Exco Subsidi pengoperasian kepada operator projek DRT belum ditetapkan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720178439_NgSzeHan.jpg)
Subsidi pengoperasian kepada operator projek DRT belum ditetapkan - Exco
Kerajaan Selangor masih belum menetapkan jumlah tertentu bagi pemberian subsidi pengoperasian kepada dua syarikat pengendali projek rintis Demand Responsive Transit (DRT).
![Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1 Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720085748_TBAmirudinShari.jpg)
Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1
Selangor mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.43 peratus bagi tempoh 2021 hingga 2023.
![11 individu ditahan disyaki curi kabel 11 individu ditahan disyaki curi kabel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719756065_curikabel.jpg)
11 individu ditahan disyaki curi kabel
Polis menahan 11 individu termasuk tiga wanita pada Jumaat dan semalam kerana dipercayai terlibat kegiatan mencuri kabel di sekitar Selangor.
![Judi 'online' di Kelantan belum kronik - Exco Judi 'online' di Kelantan belum kronik - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719380493_TBHilmiAbdullah.jpg)
Judi 'online' di Kelantan belum kronik - Exco
Kerajaan Kelantan menegaskan aktiviti judi online di negeri ini belum kronik jika dibandingkan dengan Selangor dan Kuala Lumpur.
![Selangor keluar pekeliling guna identiti negeri sambut delegasi luar Selangor keluar pekeliling guna identiti negeri sambut delegasi luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700473179_TBBORHANAMANSHAH.jpg)
Selangor keluar pekeliling guna identiti negeri sambut delegasi luar
Exco Perumahan dan Kebudayaan Borhan Aman Shah berkata ia antara usaha berterusan pihaknya bagi mengetengahkan identiti Selangor agar terus dikenali.
![Penjawat awam Selangor perlu mesra, sedia dengar masalah rakyat - Tengku Amir Shah Penjawat awam Selangor perlu mesra, sedia dengar masalah rakyat - Tengku Amir Shah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718839640_TengkuAmirShah.jpg)
Penjawat awam Selangor perlu mesra, sedia dengar masalah rakyat - Tengku Amir Shah
Penjawat awam perlu pastikan setiap dasar yang digubal dilaksanakan dengan cekap demi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.