SHAH ALAM: Kerajaan Selangor masih belum menetapkan jumlah tertentu bagi pemberian subsidi pengoperasian kepada dua syarikat pengendali projek rintis Demand Responsive Transit (DRT), kata Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han.
Beliau berkata bayaran RM2.16 juta yang dibuat kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobility) dan Badan Bas Coach Sdn Bhd (Badan Bas) sebagai operator yang dipilih melaksanakan pembuktian konsep (POC) bukan jumlah yang tetap.
Ng berkata sebagai inisiatif baharu, projek DRT yang belum pernah dilaksanakan di dalam negara memerlukan kajian mendalam dibuat sebelum jumlah bayaran sebenar ditentukan.
"Subsidi yang diterima oleh Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobility) dan Badan Bas Coach Sdn Bhd (Badan Bas) ialah sebanyak RM2.16 juta bagi setiap pengendali dan buat masa ini kita belum bayar sepenuhnya kepada dua operator tersebut.
"Sebahagian besar masih di bawah kawal selia Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) kerana kita harus mengkaji prestasi selepas POC. Jadi, pembayaran belum dibuat sepenuhnya kepada dua pengendali ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Ng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan ADUN Taman Medan Dr Afif Bahardin yang ingin tahu jumlah dan cara pemberian subsidi kepada syarikat operator projek rintis berkenaan.
DRT merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pengangkutan awam dan mobiliti di Selangor.
Projek rintis DRT dilaksanakan oleh MBI dan dikawal selia oleh Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024

Ng berkata sebagai inisiatif baharu, projek DRT yang belum pernah dilaksanakan di dalam negara memerlukan kajian mendalam dibuat sebelum jumlah bayaran sebenar ditentukan. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.

Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri bersedia untuk sekali lagi membentangkan usul mempercepat siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang b

Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.

Selangor sedia beri bantuan persekolahan kepada anak-anak pengikut GISB
Kerajaan negeri bersedia memberikan bantuan persekolahan sewajarnya kepada anak-anak pengikut GISB sekiranya mereka mengikuti pendidikan di sekolah kerajaan.

Kepengerusian ASEAN: PBT di Selangor perlu pastikan kebersihan, kemudahan ditahap terbaik - MB
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memastikan semua kemudahan dan kebersihan di seluruh Selangor berada pada tahap terbaik sempena Kepengerusian ASEAN 2025.

Selangor sasar 30,000 pengunjung meriahkan Perkampungan Kebudayaan
Kerajaan Selangor sasar 30,000 pengunjung hadir memeriahkan Karnival Perkampungan Kebudayaan Selangor 2025 yang berlangsung selama lima hari bermula 22 Jan.

Selangor jadi negeri contoh kembang sektor berasaskan teknologi dan inovasi
Program AI Trailblazers antara langkah strategik kerajaan negeri dalam mendukung Malaysia menjadi pesaing dalam ekonomi global.

Kerajaan Selangor lantik Yazid Sairi, Venu Ramadass menuju SUKMA 2026
Ia sebahagian proses awal untuk memastikan penganjuran temasya SUKMA XXII Selangor 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya..