SHAH ALAM: Selangor akan mengeluarkan pekeliling kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi di bawah kerajaan negeri untuk menggunakan identiti negeri itu menerusi makanan serta persembahan ketika menyambut delegasi dari luar.
Exco Perumahan dan Kebudayaan Borhan Aman Shah berkata ia antara usaha berterusan pihaknya bagi mengetengahkan identiti Selangor agar terus dikenali di samping menjana pendapatan pemain industri pelancongan kebudayaan sempena Tahun Melawat Selangor 2025.
"Kalau kita ke Pulau Pinang, sudah tentu kita akan dihidangkan dengan nasi kandar dan tarian boria kerana ia merupakan identiti negeri itu.
"Begitu juga di Selangor, kita boleh hidang makanan seperti nasi ambeng, punten dan soto manakala tarian ronggeng, cempuling dan keroncong juga boleh dipersembah," katanya selepas sesi dialog awam bersama pertubuhan bukan kerajaan bagi seni budaya negeri di sini hari ini.
Borhan berkata turut dikenal pasti melalui pewartaan ialah wau kapal sebagai petunjuk geografi Selangor, bunga tanjung sebagai bunga rasmi negeri dan pemerkasaan Batik Selangor.
Selain itu, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) merancang pengembangan dan pemerkasaan tekstil serta kraf negeri iaitu songket diraja Selangor, telepuk diraja Selangor, kebaya Selangor dan kelingkan Selangor.
Beliau berkata sesi dialog awam itu, yang dihadiri kira-kira 200 pemain industri, menjadi platform kerajaan negeri serta pemain industri bertukar pandangan di samping mencari solusi bersama untuk memajukan dan menjaga warisan dan budaya Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2024

Borhan berkata ia antara usaha berterusan pihaknya bagi mengetengahkan identiti Selangor agar terus dikenali di samping menjana pendapatan pemain industri pelancongan kebudayaan sempena Tahun Melawat Selangor 2025. - Gambar fail/BERNAMA

Bekalan beras putih tempatan tersedia di pasar raya seluruh negara - Mohamad
Bekalan beras putih tempatan (BPT) kini tersedia di pasar raya di seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ops Campur: 283 premis beras import diperiksa - Fuziah
Sebanyak 283 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa dalam Ops Campur setakat semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh.

Pemimpin masyarakat perlu bantu perjelas dasar, kejayaan kerajaan - PM Anwar
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Bina Semula Gaza: Jangan serah kepada PA, alamatnya gagal - Penganalisis
Pembangunan semula Gaza perlu diselaras oleh entiti yang mampu membina semula wilayah terkepung yang musnah akibat serangan rejim zionis dengan sebaik mungkin.

Nilai kebersamaan tanggungjawab bersama, tidak terbatas pada agama, bangsa - Sultan Pahang
Keberadaan pihak bukan Islam yang turut menyumbang kepada pembangunan institusi Islam ialah satu cerminan indahnya kehidupan bermasyarakat di Pahang.

MADANI Digital Trade: Anjakan perubahan bantu PKS manfaatkan teknologi - Tengku Zafrul
Inisiatif MDT mampu menjadi pencetus perubahan yang membolehkan PKS meraih manfaat daripada teknologi seperti analisis dan data raya, pengkomputeran awan dan AI.

PM lawat Bazar Ramadan Seksyen 2, nasihat peniaga jaga harga jualan, kebersihan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 2 di sini.
Consider This: Transnational Repression (Part 2) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Krittaporn Semsantad, Programme Director at the Bangkok-based Peace Rights Foundation.
Consider This: Transnational Repression (Part 1) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Douglas Teoh, spokesperson from the End Transnational Repression Alliance.
AWANI Tonight 13 March 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Tujuh daripada 10 wanita di Selangor bekerja - Amirudin
Kira-kira tujuh daripada 10 wanita di Selangor atau 69.7 peratus berada dalam sektor pekerjaan.

Amaran ribut petir, hujan lebat hampir di seluruh negara hingga 9 malam
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 9 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MBI Selangor sasar pendapatan RM8 bilion menjelang 2028 melalui pelaksanaan THRIVE28
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) menyasarkan pendapatan sehingga RM8 bilion menjelang tahun 2028 melalui pelaksanaan pelan THRIVE28.

Lima kes kusta ditemukan di Selangor - Pengarah JKNS
Selangor merekodkan lima kes kusta setakat 20 Feb lepas, di lima daerah dengan tiada kematian dilaporkan.

Liga Super: Selangor, Sabah seri tanpa jaringan
Keputusan seri itu menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 43 mata, manakala Sabah berada di kedudukan ketiga dengan 35 mata.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

185 kanak-kanak terkait GISB diserah kepada keluarga - Exco
Sebanyak 185 kanak-kanak terkait dengan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) telah diserahkan kepada keluarga dengan bon berserta syarat oleh pihak mahkamah.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.