KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menegaskan aktiviti judi online di negeri ini belum kronik jika dibandingkan dengan Selangor dan Kuala Lumpur.
Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, kes yang dilaporkan setakat ini tidak banyak dan masih terkawal.
"Aktiviti haram ini kebanyakannya berlaku di kedai-kedai menjual telefon dan kad tambah nilai kerana judi online memerlukan ID untuk masukkan wang taruhan.
"Bagaimanapun pihak kami sangat memandang serius berhubung perkara ini dan mahu SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) mengambil tindakan tegas dengan menyekat aktiviti berkenaan," katanya semasa sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.
Menurut beliau, pada masa sama kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) akan bekerjasama dengan polis dalam membanteras kegiatan judi.
Katanya, kerajaan negeri sudah lama menutup dan mengharamkan aktiviti berkait dengan judi di negeri ini.
Sinar Harian pada Ahad melaporkan, daerah Kota Bharu merekodkan kes judi 'online' tertinggi di negeri ini apabila sebanyak 37 kertas siasatan telah dibuka sepanjang tahun lalu.
Perkara terbabit didedahkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun kepada pemberita semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.
Selain Kota Bharu, Pasir Mas merupakan daerah kedua apabila merekodkan 27 kertas siasatan diikuti Tanah Merah (24), Machang (23), Tumpat (17) dan Jeli (10). Pasir Puteh dan Bachok masing-masing sembilan, Gua Musang (5) dan Kuala Krai (2). - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 26 2024

Hilmi berkata, kes yang dilaporkan setakat ini tidak banyak dan masih terkawal. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Banglo mewah jadi markas judi online
Sebuah banglo mewah diserbu pasukan polis Petaling Jaya yang dikenalpasti menjadi markas sindiket perjudian atas talian menerusi aplikasi 'WeChat' didalangi warga China.