SHAH ALAM: Pindaan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 untuk memasukkan peruntukan individu atau agen mempromosi pernikahan di luar undang-undang Islam negeri itu dijangka dibentangkan pada 2026.
Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Mohammad Fahmi Ngah berkata Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) sedang mengkaji pindaan enakmen itu dengan menambah peruntukan berhubung perkara berkenaan dan mengesyorkan meningkatkan hukuman bagi kesalahan berkaitan termasuk bersubahat dalam usaha membanteras nikah sindiket.
"Pada tahun ini sahaja tujuh daripada 14 siri bengkel yang dirancang oleh pihak JAIS telah dibuat bersama pihak berkepentingan bersama termasuk Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Selangor dengan nasihat pegawai syariah Pejabat Kamar Negeri, pegawai undang-undang JAIS bersama Sekretariat Bahagian Undang-Undang Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS).
"Perancangan selanjutnya akan dibawa dalam perbincangan teknikal Jawatankuasa Undang-Undang MAIS sebelum pembentangan dalam mesyuarat MAIS dan terakhir akan dibentang untuk sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2026," katanya.
Mohammad Fahmi berkata demikian ketika menjawab soalan Jefri Mejan (PN-Ijok) berkaitan usaha mengekang nikah sindiket di luar negara yang dibuat tanpa kebenaran JAIS pada persidangan DUN Selangor di sini hari ini.
Mohammad Fahmi berkata nikah sindiket adalah pernikahan yang berlaku di luar negara tetapi tidak didaftarkan bawah kedutaan dan menyebabkan tiadanya surat perakuan nikah yang diiktiraf.
Buat masa ini, beliau berkata tiada peruntukan khusus berkaitan nikah sindiket dalam enakmen.
Bagaimanapun peruntukan undang-undang dan penguatkuasaan di bawah Seksyen 124 Berpoligami Tanpa Kebenaran Mahkamah dan Seksyen 40 (2) Kesalahan berhubung Akad Nikah Perkahwinan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 diguna pakai untuk membendung kesalahan-kesalahan dalam aktiviti nikah sindiket ini.
"Harus saya maklumkan juga hukuman yang boleh dikenakan antaranya ialah RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Nikah sindiket adalah pernikahan yang berlaku di luar negara tetapi tidak didaftarkan bawah kedutaan dan menyebabkan tiadanya surat perakuan nikah yang diiktiraf. - Gambar hiasan

Empat penerbangan Malaysia Airlines ke London terjejas disebabkan penutupan Lapangan Terbang Heathrow
Empat penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke London terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Heathrow London, United Kingdom.
Malaysia negara untuk bersara ketujuh terbaik di dunia
Majalah International Living menyenaraikan Malaysia sebagai negara ketujuh terbaik di dunia untuk persaraaan.
Malaysia negara untuk bersara ketujuh terbaik di dunia
Majalah International Living menyenaraikan Malaysia sebagai negara ketujuh terbaik di dunia untuk persaraaan.
ASEAN 2025 | 21 Jan
ASEAN 2025 harini bersama Dzulfitri Yusop membawa tumpuan berikut:
1. Malaysia wujudkan ekosistem mobiliti seragam
2. Industri Koko Indonesia terjejas akibat perubahan iklim
3. Kemasukan tanpa visa Thailand dipendekkan kepada 30 hari
1. Malaysia wujudkan ekosistem mobiliti seragam
2. Industri Koko Indonesia terjejas akibat perubahan iklim
3. Kemasukan tanpa visa Thailand dipendekkan kepada 30 hari

'Bukan seorang, tapi dua anak saya dipanggil 'pulang''
Menurut Salina, anak ketiga dan keempat daripada lapan beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

RM50.61 juta untuk bantu mangsa banjir di Johor - Ahmad Zahid
Kerajaan Persekutuan melalui Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan dana bernilai RM50.61 juta bagi membantu mangsa banjir di Johor.
Gunung Lewotobi muntahkan lahar
Gunung Lewotobi di Indonesia meletus pada lewat malam Khamis sehingga pagi Jumaat.

Pemetaan sempadan Putrajaya-Selangor hampir selesai - Dr Zaliha
Proses persempadanan antara Putrajaya dan Selangor kini hampir selesai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Kemboja terima pakai prinsip Satu China
Raja Kemboja menekankan pendirian negara itu untuk menerima pakai prinsip Satu China, susulan lawatan ke China.
Kemasukan tanpa visa Thailand bakal dipendekkan kepada 30 hari
Tempoh kemasukan ke Thailand tanpa visa akan dipendekkan daripada 60 kepada 30 hari bagi mengekang kegiatan warga asing yang menjalankan perniagaan haram.
Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Sorawong Thienthong, menyatakan keputusan ini dibuat selepas menerima banyak aduan mengenai peningkatan aktiviti perniagaan haram.
Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Sorawong Thienthong, menyatakan keputusan ini dibuat selepas menerima banyak aduan mengenai peningkatan aktiviti perniagaan haram.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Tujuh daripada 10 wanita di Selangor bekerja - Amirudin
Kira-kira tujuh daripada 10 wanita di Selangor atau 69.7 peratus berada dalam sektor pekerjaan.

Amaran ribut petir, hujan lebat hampir di seluruh negara hingga 9 malam
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 9 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MBI Selangor sasar pendapatan RM8 bilion menjelang 2028 melalui pelaksanaan THRIVE28
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) menyasarkan pendapatan sehingga RM8 bilion menjelang tahun 2028 melalui pelaksanaan pelan THRIVE28.

Lima kes kusta ditemukan di Selangor - Pengarah JKNS
Selangor merekodkan lima kes kusta setakat 20 Feb lepas, di lima daerah dengan tiada kematian dilaporkan.

Liga Super: Selangor, Sabah seri tanpa jaringan
Keputusan seri itu menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 43 mata, manakala Sabah berada di kedudukan ketiga dengan 35 mata.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

185 kanak-kanak terkait GISB diserah kepada keluarga - Exco
Sebanyak 185 kanak-kanak terkait dengan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) telah diserahkan kepada keluarga dengan bon berserta syarat oleh pihak mahkamah.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.