Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri Persidangan Kebangsaan DAP Ke-50 pada Ahad lepas merupakan suatu tindakan terdesak, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Idris Haron.
Tegas Idris, tindakan terdesak itu jelas dilihat apabila Dr Mahathir yang dahulunya memusuhi DAP lebih dua dekad dengan menghentam, menghina dan melabel parti itu, hari ini sanggup duduk semeja menyokong parti itu.
"Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggenggam tangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (pada Perhimpunan Solidariti Rohingya) pada hari sama Dr Mahathir berada di pentas DAP.
"Suatu ketika dahulu kebenciannya terhadap parti itu hingga ke tulang, namun kebencian itu seolah-olah sesuatu yang dilupakan begitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri di Dewan Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
Sementara itu seorang lagi anggota MT UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengucapkan tahniah kepada DAP kerana pada akhirnya parti itu berjaya ‘memperbodohkan’ Dr. Mahathir hingga sanggup memuji parti yang pernah menjadi seteru utama beliau suatu ketika dulu.
Kata Dr Sahmsul Anuar, kerana dendam kesumat kepada pimpinan UMNO, Dr Mahathir sanggup lakukan apa sahaja termasuk memuji kepemimpinan DAP seolah-olah merekalah yang telah menaikkan beliau menjadi pemimpin negara selama 22 tahun.
“Paling jelas, DAP telah berjaya menggunakan Dr. Mahathir untuk membantu ‘membersihkan’ imej mereka di mata orang Melayu.
“Hakikatnya, Dr. Mahathir telah menelan semua perkara buruk yang diungkapkan beliau terhadap DAP selama lebih 22 tahun, demi menjayakan matlamat peribadinya. Ini merupakan suatu pengkhianatan terhadap bangsa Melayu,”katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga menegaskan Dr Mahathir telah berjaya digunakan oleh DAP untuk "membersihkan DAP daripada kekotoran dimata orang Melayu.
"Inilah satu lagi jasa besar Dr Mahathir kepada DAP dan iannya akan tercatat dalam sejarah," katanya lagi.
Pada Ahad, Dr Mahathir membuat kejutan apabila hadir pada Konvensyen Kebangsaan DAP ke-50 dan duduk di atas pentas bersama-sama pemimpin-pemimpin kanan parti itu, antaranya Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan pengasas serta penasihat DAP, Dr Chen Man Hin.
Turut hadir di atas pentas ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu, yang merupakan sekutu DAP dalam Pakatan Harapan.
Astro Awani
Tue Dec 06 2016
![Dr Mahathir hadir konvensyen DAP tindakan terdesak - MT UMNO Dr Mahathir hadir konvensyen DAP tindakan terdesak - MT UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81480846976_LimGuanEng.jpg)
Tindakan Dr Mahathir hadir ke Persidangan Kebangsaan DAP Ke-50 pada Ahad lepas merupakan suatu tindakan terdesak. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![DAP buat laporan polis terhadap dua individu tuduh parti itu sebagai kafir harbi DAP buat laporan polis terhadap dua individu tuduh parti itu sebagai kafir harbi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701188889_YoungSyefuraOthman.jpg)
DAP buat laporan polis terhadap dua individu tuduh parti itu sebagai kafir harbi
Young Syefura Othman menyifatkan kenyataan dua individu tersebut merupakan ucapan kebencian dan berbahaya serta menggugat ketenteraman awam.
![PRK Nenggiri: DAP sedia berkempen jika diminta, tidak anjur program sendiri PRK Nenggiri: DAP sedia berkempen jika diminta, tidak anjur program sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716979680_TeoNieChing.jpg)
PRK Nenggiri: DAP sedia berkempen jika diminta, tidak anjur program sendiri
DAP bersedia membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan bulan depan sekiranya terdapat permintaan daripada mana-mana parti gab
![UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720932890_TBAhmadFadhlijp.jpg)
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
![PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718694604_NgaKorMing.jpg)
PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.
![DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720269307_AnthonyLokeSiew.jpg)
DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH
DAP mengalu-alukan kesediaan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
![HerLead, platform DAP pilih calon wanita untuk PRU-16 HerLead, platform DAP pilih calon wanita untuk PRU-16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719152835_TBAnthonyLoke.jpg)
HerLead, platform DAP pilih calon wanita untuk PRU-16
Program HerLead iaitu program pendidikan kepimpinan anjuran Wanita DAP akan menjadi platform bagi memilih calon wanita parti itu bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
![[KOLUMNIS] Dari KKB ke Sungai Bakap [KOLUMNIS] Dari KKB ke Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719013486_tbGManimaran.jpg)
[KOLUMNIS] Dari KKB ke Sungai Bakap
Atas kertas, sehingga kini, mood kemenangan diramalkan memberi kelebihan kepada PH.
![Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717667209_GuanEng.jpg)
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
![Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716979680_TeoNieChing.jpg)
Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching
Teo Nie Ching mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.
![Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716119324_TeresaKokPDRM.jpg)
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.