KUALA LUMPUR: Sesi Dewan Rakyat hari ini bertukar tegang selepas Ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati dengan perjalanan Aturan Mesyuarat dan Usul-Usul Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bangkit mempersoalkan sama ada kerajaan mempunyai Rang Undang-Undang (RUU) lain untuk dibentangkan dalam tempoh tujuh hari persidangan akan datang kerana ketika ini hanya dua RUU sahaja dalam aturan mesyuarat.
RUU tersebut melibatkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim iaitu RUU Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 dan RUU Pihak Berkuasa Pembangunan tenaga Lestari (Pindaan) 2023 bagi bacaan kali kedua.
Jelas Takiyuddin, RUU yang hanya berbaki dua lagi itu akan memendekkan tempoh persidangan hari ini, dan menunjukkan seolah-olah kerajaan tidak serius melaksanakan fungsi Parlimen.
Sebelum itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Ugak Anak Kumbong mencadangkan supaya persidangan hari ini tidak ditangguhkan sehingga dua RUU terbabit diputuskan di Dewan Rakyat.
"Soalan kami, di pihak pembangkang hari ini adalah hari keempat (persidangan) dan kita ada tujuh hari lagi.
"Saya nak tanya adakah kerajaan tidak mempunyai apa-apa RUU untuk tujuh hari lagi? Atau ada kerajaan nak buat kejutan seperti macam RUU Insolvensi (Pindaan) 2023 baru-baru ini?
"Sudahlah tidak ada penjelasan. Kerajaan dulu panggil semua Ahli Parlimen dan menteri untuk beri penjelasan dulu.
"Soalan pertama saya, adakah ada RUU lagi untuk tujuh hari persidangan? Kalau ada bila? RUU bacaan pertama sudah tiada. Bacaan kali kedua tak tahu bila, jadi apa lagi yang ada?
"Saya mahu soalan saya ini direkodkan dan ditujukan kepada kerajaan. Mungkin kementerian-kementerian sibuk untuk mengadakan filem 'the true'... filem 'Untold Story', yang sudah jadi 'Unsold Story'," soal Takiyuddin di Dewan Rakyat pada Khamis.
Perkara sama turut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Jelas beliau, sekiranya Dewan Rakyat tidak lagi mempunyai urusan kerajaan yang perlu dibentangkan, maka Dewan Rakyat sepatutnya memberi ruang kepada usul persendirian dalam kalangan Ahli Parlimen Pembangkang untuk dibincang dan dibahaskan.
Walau bagaimanapun, Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd Noor berkata sehingga kini beliau tidak menerima notis untuk urusan kerajaan selepas dua RUU hari ini selesai dibincang dan diputuskan.
Situasi itu membawa kepada blok pembangkang meminta undi belah bahagian dilakukan sebelum Ramli mengarahkan Dewan Rakyat direhatkan selama 10 minit sebelum undian dijalankan.
Begitu pun, cubaan pembangkang untuk menggagalkan usul supaya persidangan hari ini ditangguhkan seperti yang dicadangkan kerajaan, tidak kesampaian, apabila undi belah bahagian tidak berpihak kepada mereka.
Ramli ketika mengumumkan keputusan tersebut memaklumkan seramai 83 Ahli Parlimen bersetuju supaya persidangan hari ini ditangguhkan selepas dua RUU dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) diputuskan.
Manakala, seramai 52 Ahli Parlimen tidak bersetuju, 86 orang tidak hadir serta satu tidak mengundi.
"Yang tidak mengundi saya," kata Ramli.
Hasimi Muhamad
Thu May 25 2023
![Dewan Rakyat: Kerajaan tidak serius laksana fungsi Parlimen - Takiyuddin Dewan Rakyat: Kerajaan tidak serius laksana fungsi Parlimen - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664805504_TakiyuddinHassanK.jpg)
Takiyuddin bangkit mempersoalkan sama ada kerajaan mempunyai Rang Undang-Undang (RUU) lain untuk dibentangkan dalam tempoh tujuh hari persidangan akan datang kerana ketika ini hanya dua RUU sahaja dalam aturan mesyuarat - Fail Bernama
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739720652_AmarDouglas.jpg)
Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
![Keluar dewan: 'Pembangkang tak hormat institusi Yang di-Pertuan Agong' - PM Keluar dewan: 'Pembangkang tak hormat institusi Yang di-Pertuan Agong' - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709024740_TBAnwarIbrahimj.jpg)
Keluar dewan: 'Pembangkang tak hormat institusi Yang di-Pertuan Agong' - PM
Anwar berkata ucapan beliau tiada kaitan dengan Perbahasan Titah Diraja, yang sedang berlangsung di Dewan Rakyat ketika ini.
![Dewan Rakyat kecoh gara-gara 'DAP kafir' Dewan Rakyat kecoh gara-gara 'DAP kafir'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697530852_DewanRakyat.jpg)
Dewan Rakyat kecoh gara-gara 'DAP kafir'
Ahmad Marzuk menjelaskan bahawa kenyataan berhubung 'DAP kafir' mengambil contoh kenyataan Mufti Pahang sebelum ini, yang dilapor melabelkan parti itu sebagai 'kafir harbi'.
![Dewan Rakyat: Kerajaan tidak serius laksana fungsi Parlimen - Takiyuddin Dewan Rakyat: Kerajaan tidak serius laksana fungsi Parlimen - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664805504_TakiyuddinHassanK.jpg)
Dewan Rakyat: Kerajaan tidak serius laksana fungsi Parlimen - Takiyuddin
Situasi itu membawa kepada blok pembangkang meminta undi belah bahagian dilakukan.
![Jangan jadi batu ronson - Speaker Dewan Rakyat beri amaran kepada Ahli Parlimen Jangan jadi batu ronson - Speaker Dewan Rakyat beri amaran kepada Ahli Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671440864_JohariAbdulDewan.jpg)
"Jangan jadi batu ronson" - Speaker Dewan Rakyat beri amaran kepada Ahli Parlimen
Beliau dalam masa yang sama meminta agar menghormati kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.
!['PM ke-8 tak berani...' - Dewan Rakyat kecoh usul undi percaya PM Anwar 'PM ke-8 tak berani...' - Dewan Rakyat kecoh usul undi percaya PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671435895_DewanRakyatkecoh.jpg)
'PM ke-8 tak berani...' - Dewan Rakyat kecoh usul undi percaya PM Anwar
Persidangan pertama Dewan Rakyat mencetuskan kekecohan selepas usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikemukakan oleh Timbalan PM, Datuk Seri Fadillah Yusof.
![Dakwaan lucah: Tindakan terhadap Tajuddin diputuskan pada Selasa Dakwaan lucah: Tindakan terhadap Tajuddin diputuskan pada Selasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658293555_TajuddinPasirSala.jpg)
Dakwaan lucah: Tindakan terhadap Tajuddin diputuskan pada Selasa
Rabu lalu, Dewan Rakyat kecoh apabila Tajuddin melabelkan segelintir Ahli Parlimen wanita daripada DAP sebagai 'mulut cabul' dan berperangai tidak senonoh.
![Didakwa bercakap lucah di Dewan Rakyat, Guan Eng cabar Tajuddin bersumpah Didakwa bercakap lucah di Dewan Rakyat, Guan Eng cabar Tajuddin bersumpah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658389432_TBlimguaneng.jpg)
Didakwa bercakap lucah di Dewan Rakyat, Guan Eng cabar Tajuddin bersumpah
Semalam, Dewan Rakyat kecoh apabila Tajuddin melabelkan segelintir Ahli Parlimen wanita daripada DAP sebagai 'mulut cabul' dan tidak senonoh.
![Usul tuntutan Sulu: Diberi taklimat malam ini, MP pembangkang, Bebas persoal kenapa kerajaan buat di ballroom hotel? Usul tuntutan Sulu: Diberi taklimat malam ini, MP pembangkang, Bebas persoal kenapa kerajaan buat di ballroom hotel?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636368183_TeoNieChing.jpg)
Usul tuntutan Sulu: Diberi taklimat malam ini, MP pembangkang, Bebas persoal kenapa kerajaan buat di ballroom hotel?
Semua Ahli Parlimen pembangkang dan Bebas terima surat jemputan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk hadir dengar taklimat.
![Tuntutan Sultan Sulu: Dewan Rakyat kecoh lebih setengah jam, Kota Belud diarah keluar Tuntutan Sultan Sulu: Dewan Rakyat kecoh lebih setengah jam, Kota Belud diarah keluar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658122328_DewanRakyatkecoh.jpg)
Tuntutan Sultan Sulu: Dewan Rakyat kecoh lebih setengah jam, Kota Belud diarah keluar
Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menolak usul tuntutan waris Sultan Sulu ke atas Sabah.
![Ini kelas membacakan? Semua datang membaca - Hannah tegur Timbalan Menteri Ini kelas membacakan? Semua datang membaca - Hannah tegur Timbalan Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633508258_TBDEWANRAKYATjpg.jpg)
"Ini kelas membacakan? Semua datang membaca" - Hannah tegur Timbalan Menteri
Hannah berkata, tindakan 'membaca' kenyataan bertulis tidak membawa apa-apa makna.