KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan beliau menyampaikan Ucapan Tahniah dah Ikrar Taat Setia di Dewan Rakyat, hari ini walaupun pembangkang mendakwa ia tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat.
Dalam masa sama, Perdana Menteri membantah keras sikap pembangkang yang bertindak keluar Dewan Rakyat dengan menyifatkan sebagai tidak sopan dan tidak menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong.
Memberitahu lagi, Anwar berkata ucapan beliau tiada kaitan dengan Perbahasan Titah Diraja, yang sedang berlangsung di Dewan Rakyat ketika ini.
"Saya bantah keras sikap pembangkang keluar tatkala kita nak ucap tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong dan merafak sembah tahniah dan terima kasih atas khidmat Agong yang lalu (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah).
"Saya sepatut datang pagi tadi tetapi kita ada kunjungan rasmi daripada Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet. Sebab itu mohon kebenaran bentang jam 2.30 sebab program Perdana Menteri Kemboja selesai pada jam 1.45 tengah hari, dan ini mengambil kira (perkara yang) harus didahulukan.
"Kalau kita terima kasih setelah akhir sidang itu tidak munasabah. Jadi sepatutnya diberikan pagi tadi," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Menteri Kewangan itu menambah apa yang berlaku dalam negara ketika ini didakwa kerana 'dendam kesumat' dan cemburu buta serta tidak faham titah Yang di-Pertuan Agong.
"Saya sebutkan tadi mengapa beri keutamaan, sekali lagi saya tegaskan tidak ada kaitan dengan Titah Diraja, ini hanya tanggungjawab dewan.
"Setelah lantikan Yang di-Pertuan Agong, kita ungkapkan penghargaan... dan setelah (penamatan pemerintahan) Yang di-Pertuan Agong yang lalu, kita ucapkan terima kasih, itu sahaja," kata Anwar lagi.
Pada masa sama, Anwar turut menegur Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipercayai menggaitkan penerangan yang disampaikan Perdana Menteri dengan Perbahasan Titah Diraja.
"Sepertimana kita tahu, Titah Diraja masih Titah Diraja, walaupun dalam perkara-perkara pokok dari segi dasar masih duduk kepada cadangan kerajaan.
"Tetapi Titah Diraja tentunya ada ruang untuk ditambah dan diperkukuhkan termasuk hal-hal yang menyakitkan hati mereka. Itu sebenarnya yang jadi masalah sekarang," katanya.
Sementara itu dalam sidang media di Parlimen, Perikatan Nasional (PN) menafikan pihaknya tidak menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong.
"Kalau peraturannya dah tak betul, kita tidak boleh menyokong perkara itu. Jadi kita tunjukkan kekecewaan kita," kata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sementara itu, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menempelak Anwar, dengan menuduh Perdana Menteri sebenarnya yang tidak menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong.
"Bagi kami, yang sebenarnya tak menghormati Yang di-Pertuan Agong adalah Perdana Menteri. Kerana semalam dititahkan, seolah-olah tak percaya (titah) dan kena beri penerangan pula dalam Parlimen. Penerangan apa... biarlah dengan perbahasan (Titah Diraja) itu," katanya.
Hasimi Muhamad
Tue Feb 27 2024
Perdana Menteri membantah keras sikap pembangkang yang bertindak keluar Dewan Rakyat dengan menyifatkan sebagai tidak sopan dan tidak menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong - Foto/ Japen
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA
Peruntukan tambahan berjumlah RM56 juta untuk latihan penjawat awam bagi peningkatan kompetensi dalam tujuh bidang tujahan baharu akan mula disalurkan kepada 28 kementerian dalam masa terdekat.
Polis Pahang tingkat pemantauan, rondaan di kawasan kerap berlaku kemalangan
Polis Pahang akan meningkatkan pemantauan dan rondaan, terutama di kawasan kerap berlaku kemalangan menerusi Ops Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina.
Waspada 'hotspot' angin lintang di PLUS risiko sebabkan kemalangan
JPBM Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya lebih berwaspada di dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.
Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.
45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.
PM Iraq mahu bekerjasama rapat dengan AMF
Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia' al-Sudani pada Khamis menyatakan aspirasi negaranya untuk memperkukuh kerjasama dengan Tabung Kewangan Arab (AMF) serta menegaskan sokongan pemerintahannya terhadap aktiviti organisasi itu.
Bank Jepun tingkat kadar faedah jangka pendek baharu
Bank Jepun mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar faedah jangka pendeknya kepada 0.5 peratus berbanding 0.25 peratus sebelum ini. Perkara itu seperti yang dimaklumkan oleh Gabenor Bank Jepun, Kazuo Ueda dalam kenyataan pada Jumaat yang mana beliau melihat ini sebagai langkah yang bertepatan seiiring dengan ramalan yang dinyatakan oleh portal ekonomi perdagangan negara.
Patung Kapten Cook di Sydney disimbah cat merah
Polis Australia melancarkan siasatan pada Jumaat susulan patung pegawai tentera laut Britain James Cook dirosakkan di Sydney.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh rakan sejawatannya dari AS Donald Trump.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
Dunia semakin tidak menentu, Malaysia perlu perkukuh kekuatan dalaman – PM Anwar
PM Anwar gesa rakyat untuk bangkit dan memberi fokus kepada bidang yang kritikal seperti ilmu dan kemahiran, keterampilan dan AI.
WEF 2025: Pelbagai sektor bakal raih sinergi, pulangan lumayan - PM Anwar
Anwar Ibrahim berkata WEF 2025 juga menjadi platform untuk memperkukuh hubungan bilateral serta kerjasama antara Malaysia dan pihak berkaitan.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik - PM
Subsidi tol tidak boleh terus diberikan kepada golongan berkemampuan sama seperti subsidi elektrik dan minyak.
WEF 2025: Konglomerat global nyata hasrat melabur di Malaysia - PM
Hasrat itu dinyatakan oleh peneraju MNC dalam beberapa siri mesyuarat perniagaan di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.