DAP menuntut agar pemilik akaun Facebook dipercayai bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta maaf kerana memuatnaik satu hantaran dalam laman media sosial itu yang bersifat perkauman dan memainkan sentimen agama.
Setiausaha Publisiti DAP Sabah, Ginger Phoong Jin Zhe berkata pemilik akaun Facebook itu yang menggunakan nama "Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin" telah mengeluarkan satu hantaran yang melampau dan berniat jahat.
"Pemilik akaun ini telah mengubahsuai gambar Vivian Wong Shir Yee (calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan) yang berbaju kurung dengan ucapan selamat menunaikan ibadah puasa kepada rakyat beragama Islam.
"Pemilik terbabit telah mengedit gambar Vivian mengenakan tudung, sedangkan gambar asal Vivian tidak memakai tudung kerana beliau bukanlah seorang yang beragama Islam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Phoong berkata biarpun hantaran itu telah dipadamkan setelah dimuatnaik untuk tempoh singkat awal pagi ini, namun satu permohonan maaf perlu dibuat oleh pemilik akaun itu.
Selain mengubahsuai gambar Wong, beliau berkata pemilik akaun itu juga mendakwa DAP kini terdesak dan panik untuk meraih undi, dan menuduh DAP membuat satu lakonan dengan mengeluarkan mesej selamat berpuasa untuk umat Islam beserta gambar calon DAP itu mengenakan tudung.
Wong menyifatkan hantaran Facebook itu sebagai satu cara berpolitik yang "toksik" dan mempersendakannya sebagai seorang bukan Islam yang menghormati masyarakat semua kaum dan agama.
"Kami tidak pernah menyerang pihak lawan kami dengan memainkan sentimen perkauman dan keagamaan," katanya.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga meminta agar pemangku presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan supaya tampil meminta maaf bagi pihak UMNO kerana perbuatan anggota partinya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2019

Vivian Wong (kanan) bersama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sewaktu menghadiri Majlis Ceramah Umum Kempen PRK Sandakan di Bandar Prima, Sandakan, 7 Mei, 2019. --fotoBERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Saya diarah buka aduan kes rasuah terhadap Wan Saiful berkaitan projek Jana Wibawa - Saksi
Seorang pegawai SPRM berkata beliau diarahkan membuka aduan terhadap Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung dakwaan rasuah berjumlah RM6.9 juta daripada sebuah syarikat berhubung projek Jana Wibawa.

Rayuan kerajaan dalam kes penahanan salah Khairuddin Abu Hassan didengar 6 Mac 2024
Pada Mei 2018, Khairuddin memfailkan saman terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Kerajaan Malaysia serta lima lagi.

Tohmahan PM lemah dalam isu Palestin berniat jahat - Fahmi
Tohmahan beberapa pihak terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah beliau lemah dalam isu Palestin adalah berniat jahat, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Usaha gigih kerajaan noktahkan tuntutan kumpulan Sulu - Pemimpin Sabah
Kerjasama erat dan usaha gigih semua pihak berjaya menghasilkan keputusan yang amat bermakna buat rakyat Sabah dalam menangkis tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia.

PRN Melaka: Muhyiddin anggap Shahrir Samad bodoh, cabar jatuhkan Kerajaan Johor
Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, beliau tidak akan bodoh seperti segelintir pemimpin UMNO yang menarik sokongan terhadap kerajaan sendiri.

MAHB buat laporan polis berhubung hantaran di portal pelaburan
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah membuat laporan polis berhubung satu hantaran di portal pelaburan dalam talian yang disifatkan sebagai "tidak berasas dan tidak benar."

'Saya masih MB' - Ahmad Samsuri
Setakat ini tidak timbul isu pertukaran Menteri Besar dan beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Cukai RM1.69 bilion: Najib mohon batal notis kebankrapan, dakwa konspirasi politik
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk membatalkan notis kebankrapan terhadapnya kerana gagal membayar tunggakan cukai tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada LHDN.

Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas
Beliau mendakwa penulisan yang terkandung dalam buku itu berbaur hasutan dan berniat jahat serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara.

DAP tuntut 'Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin' minta maaf kerana satu hantaran Facebook
Phoong berkata pemilik akaun Facebook itu yang menggunakan nama "Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin" telah mengeluarkan satu hantaran yang melampau dan berniat jahat.