KUALA LUMPUR:Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan semalam membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berkaitan penulisan bukunya, yang didakwa beliau memesong sejarah negara dan memperlekeh Jabatan Peguam Negara.
Beliau mendakwa penulisan berhubung Peristiwa 13 Mei 1969 dan Tun Abdul Razak yang terkandung dalam buku berjudul "My Story: Justice in the Wilderness" itu berbaur hasutan dan berniat jahat serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara.
"Saya membuat laporan ini untuk pihak polis memulakan siasatan ke atasnya khususnya di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini semalam.
BACA: Dua kertas siasatan dibuka terhadap Tommy Thomas - Timbalan Ketua Polis Negara
BACA: Najib tuntut permohonan maaf, pampasan RM10 juta daripada Tommy Thomas
BACA: Tun M menyesal lantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 05 2021
![Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612560096_DatukSeriAhmadMas.jpg)
Ahmad menunjukkan kepada media laporan polis yang dibuat terhadap Tommy Thomas di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, 5 Feb, 2021. --fotoBERNAMA
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Polis kenal pasti tiga individu terlibat kes gaduh Polis kenal pasti tiga individu terlibat kes gaduh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666055225_PolisKenalPasti.jpg)
Polis kenal pasti tiga individu terlibat kes gaduh
Polis Daerah Dang Wangi sedang mengesan tiga individu terbabit bagi membantu siasatan.
![Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612560096_DatukSeriAhmadMas.jpg)
Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas
Beliau mendakwa penulisan yang terkandung dalam buku itu berbaur hasutan dan berniat jahat serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara.