Pemecatan Setiausaha PAS Pulau Pinang sebagai pegawai penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, menunjukkan DAP sengaja mencari alasan untuk keluar daripada pakatan pembangkang, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata tindakan itu menunjukkan DAP semakin tidak sabar untuk keluar daripada pakatan pembangkang dan memutuskan hubungan dengan PAS.
"Saya melihat secara politiknya tindakan yang dibuat oleh DAP selama ini adalah mencari alasan untuk keluar dari pakatan rakyat dan putus hubungan dengan PAS.
"Dari segi rentetan, dia (DAP) yang mula-mula isytihar putus hubungan dengan PAS di Sarawak, selepas itu putus hubungan dengan PAS di Sabah, selepas itu dia putus hubungan dengan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut DAP-PAS yang semakin meruncing apabila Setiausaha PAS Pulau Pinang, Mohd Fadzil Kemi yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang telah diberhentikan kerja berkuat kuasa Jumaat lepas.
Mohd Amar berkata: "Dia (DAP) dah pecat kita kena terima dan tidak ada masalah (bagi PAS)".
Ditanya tentang kesediaan DAP untuk membina masjid baharu di Pasir Tumboh, Gua Musang, Mohd Amar berkata peruntukan untuk membaik pulih masjid yang rosak akibat banjir di kawasan itu sudah ada dan ia tidak perlu bantuan DAP.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata cadangan pembinaan masjid itu dipersetujui selepas mereka mendengar permohonan daripada imam serta penduduk di kawasan berkenaan.
Bernama
Mon Jun 15 2015
![DAP tidak sabar untuk keluar Pakatan Rakyat - Mohd Amar DAP tidak sabar untuk keluar Pakatan Rakyat - Mohd Amar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/61393426670_295x200.jpg)
MOHD AMAR: DAP tidak sabar untuk keluar Pakatan Rakyat - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720932890_TBAhmadFadhlijp.jpg)
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
![PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718694604_NgaKorMing.jpg)
PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.
![DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720269307_AnthonyLokeSiew.jpg)
DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH
DAP mengalu-alukan kesediaan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
![HerLead, platform DAP pilih calon wanita untuk PRU-16 HerLead, platform DAP pilih calon wanita untuk PRU-16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719152835_TBAnthonyLoke.jpg)
HerLead, platform DAP pilih calon wanita untuk PRU-16
Program HerLead iaitu program pendidikan kepimpinan anjuran Wanita DAP akan menjadi platform bagi memilih calon wanita parti itu bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
![[KOLUMNIS] Dari KKB ke Sungai Bakap [KOLUMNIS] Dari KKB ke Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719013486_tbGManimaran.jpg)
[KOLUMNIS] Dari KKB ke Sungai Bakap
Atas kertas, sehingga kini, mood kemenangan diramalkan memberi kelebihan kepada PH.
![Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717667209_GuanEng.jpg)
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
![Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716979680_TeoNieChing.jpg)
Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching
Teo Nie Ching mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.
![Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716119324_TeresaKokPDRM.jpg)
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
![Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714468820_TBZahidHamidi.jpg)
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
![PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715323926_AnthonyLoke.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.