DAP memecat serta-merta lapan ahlinya yang menghadiri sidang media Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A. Sivasuramaniam yang mengumumkan keluar DAP dan menyertai parti Gerakan pada 26 Jun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Chong Chieng Jen berkata, mereka ialah Dan Adriel Daniel Velloo, Angeline Phillip Joe Phillip, P. Murugiah, Joseph Hendry Kovil Pillai John, Amir Abdullah, R. Marimutu, S. Theivanai dan William John Johin Bin.
Kesemua mereka telah diberi surat tunjuk sebab namun gagal mengemukakan alasan tindakan mereka, justeru, selepas menimbang kes terbabit, jawatankuasa disiplin memutuskan keahlian mereka dalam parti ditamatkan dengan serta-merta, katanya dalam kenyataan hari ini.
Chong berkata tindakan serupa akan diambil terhadap mereka yang menyokong ahli yang menerima jawatan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau masih membantu wakil rakyat DAP yang mengkhianati perjuangan parti.
Pada 7 Julai lepas, DAP memecat tiga ahlinya iaitu Kong Lai Ling, Ng Sook Whye dan Khi Poh Chong kerana didapati aktif membantu ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong yang telah dipecat selepas mengumumkan keluar parti dan memberi sokongan kepada PN. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 01 2020
![DAP pecat lapan ahli kerana sokong wakil rakyat lompat parti DAP pecat lapan ahli kerana sokong wakil rakyat lompat parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81523260157_DAPFlag.jpg)
DAP pecat serta-merta lapan ahlinya yang menghadiri sidang media ADUN Buntong, A. Sivasuramaniam yang umum keluar parti dan sertai Gerakan.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![DAP pecat lapan ahli kerana sokong wakil rakyat lompat parti DAP pecat lapan ahli kerana sokong wakil rakyat lompat parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-04/81523260157_DAPFlag.jpg)
DAP pecat lapan ahli kerana sokong wakil rakyat lompat parti
DAP pecat serta-merta lapan ahlinya yang menghadiri sidang media ADUN Buntong, A. Sivasuramaniam yang umum keluar parti dan sertai Gerakan.