Keputusan DAP memutuskan kerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai kebudak-kebudakan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan DAP sepatutnya mempunyai etika dan kematangan politik.

"It's a childish decision. Kerjasama antara PAS, DAP dan PKR ini adalah kerjasama antara parti-parti politik.

"You cannot choose," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Mustafa mengulas kenyataan DAP hari ini yang memutuskan tidak boleh bekerjasama dengan Abdul Hadi berikutan keputusan PAS yang bertegas mahu membentang Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) berkenaan hudud di Dewan Rakyat.