KUALA LUMPUR: Kerajaan bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk pembangkang kerana fokus utama kini adalah memastikan perpaduan rakyat dan pembangunan negara, kata jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.
Mengulas mengenai dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bahawa 10 lagi Ahli Parlimen pembangkang akan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menyifatkan perkara itu tidak mustahil.
"Ketersediaan sama ada mereka ingin terlibat dalam blok kerajaan sebagai Kerajaan Perpaduan ataupun seperti yang telah disebut sejak dari tahun lalu duduk berunding, berbincang untuk mendapatkan peruntukan tapi lebih daripada itu lihat bagaimana kita boleh bekerjasama untuk membangunkan negara.
"Jadi apa yang disebut oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang itu bagi saya tidak mustahil kerana mungkin di pihak mereka telah tunggu terlalu lama dan disajikan mungkin janji-janji yang tidak dapat direalisasikan. Jadi kita tunggu (pengumuman)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di Taman Sri Sentosa, Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini.
Syed Abu Hussin Hafiz dalam sidang medianya dua hari lepas berkata sokongan itu, yang dijangka diisytihar sebelum pembukaan sesi Parlimen 26 Feb ini, akan melibatkan wakil rakyat khususnya daripada Bersatu dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Melaka.
Beliau berkata masalah kewangan merupakan faktor utama kerana setiap Ahli Parlimen telah berjanji untuk membela nasib rakyat di kawasan masing-masing namun selepas lebih setahun, tiada bantuan diberikan oleh parti.
Setakat ini, Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Anwar ialah Syed Abu Hussin Hafiz, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Sementara itu, mengulas kenyataan Anwar mengenai ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen untuk memilih hanya satu pencen sebagai memenuhi tanggungjawab moral, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berpendapat perkara itu adalah wajar dan beliau yakin semua yang terlibat bersedia untuk bersama dengan saranan Perdana Menteri.
Bagaimanapun, beliau berkata sebarang pindaan perlu diteliti dan dibawa ke Parlimen terlebih dahulu memandangkan ia tertakluk kepada akta-akta tertentu.
"Sekiranya tidak berlaku satu penyesuaian dari segi cara kita membuat pembayaran (pencen) ini, ia akan mendatangkan kesan yang cukup negatif kepada kewangan negara dalam tempoh 10, 20 tahun yang akan datang.
"Oleh itu saya lihat untuk wakil rakyat mengikut saranan Perdana Menteri tidak menjadi masalah tapi ia adalah terkandung dalam perbincangan yang lebih besar mengenai perbelanjaan negara, kebertanggungjawaban fiskal dan juga kajian semula skim saraan penjawat awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di Taman Sri Sentosa, Parlimen Lembah Pantai di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi
Keputusan untuk membenarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 dibahaskan di Dewan Rakyat adalah bukti kerajaan terbuka menerima kritikan membina bagi menambah baik tatakelola negara.
[KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan
SELEPAS Pilihan Raya Umum ke-15, landskap politik Malaysia disajikan dengan beberapa pilihan raya kecil termasuk pilihan raya enam negeri.
Kemenangan calon PH amat penting, beri imej baik kerjasama PH-BN - Ahmad Zahid
Kemenangan calon PH pada PRK DUN Sungai Bakap Sabtu ini amat penting kepada Kerajaan Perpaduan kerana akan memberi imej yang baik terhadap kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN).
Tabika Pra Hafiz Kemas bukti Islam lebih kukuh di bawah Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat membuktikan agama Islam tidak terancam di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan.
PRK Sg Bakap: Kerajaan Perpaduan mampu menang - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan mampu memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kerajaan didakwa 'lencongkan' peruntukan pembangkang
Pembangkang mendakwa Kerajaan Perpaduan 'melencongkan' peruntukan yang sepatutnya diterima mereka.
PRK medan uji keserasian parti dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Pilihan Raya Kecil (PRK) merupakan medan latihan untuk menguji keserasian pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
PRK Sungai Bakap: Joohari miliki banyak kelebihan- Penganalisis
Calon PH bagi PRK Sungai Bakap Dr Joohari Ariffin mengakui beliau menggalas tugas berat bagi merealisasikan hasrat kepimpinan tertinggi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Jun 2024.