KUALA LUMPUR: Kerjasama antara UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) perlu dikaji semula kerana PAS disifatkan sudah tidak 'bernafsu' untuk memperkuatkan muafakat berkenaan.
Itu antara suara perwakilan yang dilontarkan pada perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Bazlan Abd Rahman, pembahas dari Terengganu mencadangkan muafakat itu ditamatkan kerana banyak tindak-tanduk Pas yang membelakangi UMNO dan mula bersifat prejudis menyebabkan MN 'umpama retak, menanti belah'.
"Di peringkat akar umbi UMNO di Terengganu, jelas mereka mahukan MN ini ditamatkan. Pada mereka untuk apa kita terus menyimpan kudis yang akan menjadi barah? Jika sudah tahu penyakit ini mudarat, kenapa masih berlengah untuk berubat? Ubat mujarab ialah memutuskan hubungan politik dengan Pas.
"Tamatkan MN dengan segera. Bahkan itulah yang ditunggu oleh Pas sendiri," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di sini hari ini.
Malah, Bazlan berkata UMNO sebagai sebuah parti yang kuat tidak memerlukan sokongan daripada pihak lain dan perlu menentukan hala tuju yang benar-benar tuntas terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"...dan lebih besar daripada itu, kekuatan UMNO adalah kerana kita mempunyai pengikut setia yang melebihi tiga juta orang. Tiap-tiap satu daripada 10 orang rakyat Malaysia adalah ahli UMNO.
"Inilah kekuatan sebenar kita. Oleh yang demikian, yakinlah bahawa perjuangan kita ini tidak akan mati hanya kerana kita tidak mahu bersama-sama dengan Pas," katanya.
Perwakilan Kelantan, Datuk Zawawi Othman meminta pimpinan parti menilai semula MN kerana Pas seolah-olah mudah memberikan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan sesama sendiri.
"Bukan kita menolak Pas, di Kelantan kita tidak menolak Pas, tetapi kita menolak pimpinan Pas yang mulut celupar, tiada pegangan dalam sesuatu perkara.
"Pemimpin UMNO tidak pernah mengkritik Pas demi menjaga kemuafakatan dalam parti," katanya.
Zawawi juga menyeru semua kepimpinan tertinggi UMNO berpegang pada prinsip parti dan tidak memberi ruang kepada individu lain yang cuba memecahbelahkan hubungan serta merosakkan parti.
Katanya menjadi harapan ahli melihat semua pimpinan tertinggi UMNO kekal kuat dan bersatu supaya dapat menguatkan perpaduan dalam kalangan peringkat akar umbi.
"Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), Timbalan Presiden (Datuk Seri Mohamad Hasan) Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) merangkap Naib Presiden parti adalah permata parti. Lakukan terbaik untuk parti, bahagiakanlah kita, berpecah anda, marahlah kami," katanya.
Pada 14 September 2019, pada Himpunan Penyatuan Ummah Piagam MN dimeterai antara UMNO dan Pas, antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 19 2022
![Dakwa Pas tiada 'nafsu' perkukuh MN, perwakilan mahu kerjasama dikaji semula Dakwa Pas tiada 'nafsu' perkukuh MN, perwakilan mahu kerjasama dikaji semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647673426_PasUmno.jpg)
Ada perwakilan mencadangkan muafakat itu ditamatkan kerana banyak tindak-tanduk Pas yang dikatakan membelakangi UMNO.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107129_DonaldTrumpJDV.jpg)
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
AWANI Ringkas: Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721103714_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
![Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714881308_tbAhmadFadhliShaar.jpg)
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
![Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705202758_TBMASHUP.jpg)
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
![Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703897828_TBAnwaribrahimso.jpg)
Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar
Anwar berkata pandangan beliau disalah tafsir, dikupas sehingga ada yang mencerca dan baginya, tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi.
![Lebih 10,000 sertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan AS Lebih 10,000 sertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698482466_himpunansolidariti.jpg)
Lebih 10,000 sertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan AS
Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Sabtu.
![Muktamar ke-69: Jangan jadi 'penebuk kapal', pesan Abdul Hadi kepada ahli Pas Muktamar ke-69: Jangan jadi 'penebuk kapal', pesan Abdul Hadi kepada ahli Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697959941_HadiAwang.jpg)
Muktamar ke-69: Jangan jadi 'penebuk kapal', pesan Abdul Hadi kepada ahli Pas
Sekiranya kerajaan negeri pimpinan Pas ada kelemahan, ahli tidak seharusnya menumpang untuk meruntuhkan kerajaan tersebut.
![Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668504041_TBTAKIYUDDIN.jpg)
Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin
Pas memberikan ruang dan peluang seluasnya kepada akar umbi di kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat.
!['Lembu dicucuk hidung' cubaan laga-lagakan Bersatu, Pas - Mohd Amar 'Lembu dicucuk hidung' cubaan laga-lagakan Bersatu, Pas - Mohd Amar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697354873_MohdAmarAbdullah.jpg)
'Lembu dicucuk hidung' cubaan laga-lagakan Bersatu, Pas - Mohd Amar
Mohd Amar sifatkan tindakan menggelar parti Bersatu sebagai 'lembu dicucuk hidung' oleh Pas merupakan cubaan untuk melaga-lagakan kedua-dua parti.
![Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan - Abdul Hadi Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71693457214_TBHadiAwang.jpg)
Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan - Abdul Hadi
Pas sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip Islam, al-din yang mana bukan fahaman agama mengikut takrif sekularisme seperti DAP.
![Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661698842_TBHADIAWANG.jpg)
Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi
Setiausaha politiknya Syahir Sulaiman memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan media, pada Isnin.
![MCA, NGO tak wajar pertikai Modul Hadis 40 Imam Nawawi - Ulamak Pas MCA, NGO tak wajar pertikai Modul Hadis 40 Imam Nawawi - Ulamak Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662094316_AhmadYahaya.jpg)
MCA, NGO tak wajar pertikai Modul Hadis 40 Imam Nawawi - Ulamak Pas
Datuk Ahmad Yahaya berkata, pembelajaran dan penghayatan hadis itu bukan suatu kesalahan yang perlu dibimbangkan.